Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA

Jaringan solo Ndiaye bawa Sheffield United ke suku akhir

Mar 03, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Iliman Ndiaye menjaringkan gol cantik di penghujung perlawanan untuk membantu Sheffield United dari divisyen Championship menewaskan Tottenham Hotspur, sekali gus menyingkirkannya dari Piala FA.



Kemenangan itu membolehkan Sheffield mara ke suku akhir, di mana ia akan bertemu Blackburn Rovers, juga dari divisyen Championship, yang menyingkir satu lagi pasukan Liga Perdana England, Leicester City.



Perlawanan hampir diheret ke masa tambahan, tetapi Ndiaye, yang memulakan perlawanan sebagai pemain simpanan, berjaya menggelecek bola melepasi dua pemain pertahanan sebelum menewaskan Fraser Forster dengan rembatan kencang yang meleret masuk ke penjuru gawang.



Gol itu menjamin kemenangan yang bersejarah ke atas Spurs, walaupun menewaskan Chelsea dalam EPL pada hujung minggu lalu, gagal menandingi tenaga dan rentak permainan yang ditentukan Sheffield.



Antonio Conte merehatkan Harry Kane, tetapi penggantinya, Richarlison gagal mempengaruhi perlawanan dan Conte terpaksa memasukkan Kane dalam separuh masa kedua.



Namun Kane, yang biasanya begitu berbahaya dalam petak penalti gagal membuat banyak percubaan bahaya, kecuali apabila beliau menanduk kencang bola yang tersasar dari gawang.



Bercakap kepada media di akhir perlawanan, Conte berkata beliau tidak menyesali keputusan menggugurkan Kane daripada kesebelasan utama.



"Saya melakukan apa yang perlu dilakukan dan pasukan yang dihantar lebih daripada berkeupayaan untuk memenangi perlawanan itu.



"Tapi ini adalah bola sepak dan pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol akan memenangi perlawanan," ujar Conte.



Dalam pada itu, juara Piala Carabao, Manchester United terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan West Ham di Old Trafford dan menempah tempat di suku akhir.



Ia akan menentang Fulham di peringkat itu.



West Ham membuka tirai jaringan pada awal separuh masa kedua menerusi Said Benrahma, tetapi United berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol sendiri yang dijaringkan Nayed Aguerd, sebelum Alejandro Garnacho menjaringkan gol kedua pada minit ke-90.



Fred menjaringkan gol ketiga United dalam masa kecederaan. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >