Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Jawatan di United: Ten Hag perlu pilih kelab bola sepak bukan komersial

Mar 30, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Bekas pengurus Manchester United Louis van Gaal berkata Erik Ten Hag seharusnya tidak berpindah ke kelab itu kerana ia adalah sebuah kelab komersial.



United telah mengadakan rundingan dengan Ten Hag, yang kini memimpin Ajax, dengan hasrat menjadikan beliau pengurus kelab itu.



Pengurus sementara, Ralf Rangnick, yang menggantikan Ole Gunnar Solskjaer, hanya akan menjadi pengurus sehingga musim panas ini.



"Saya tidak akan pandai-pandai memberinya nasihat," kata Van Gaal, apabila ditanya sama ada beliau akan berkongsi pandangan dengan Ten Hag, juga seorang warga Belanda.



"Beliau akan menelefon saya jika beliau perlukan nasihat... tetapi saya tahu, beliau harus memilih kelab bola sepak dan bukan sebuah kelab komersial."



Ten Hag, 52 tahun, mempunyai kontrak dengan Ajax, juara bertahan di Belanda, sehingga 2023.



Namun, kontrak itu tidak dijangka mendatangkan masalah jika United memutuskan untuk mendapatkan khidmat Ten Hag.



Buat masa ini, United juga sedang meneroka pilihan lain, termasuk pengurus Paris St-Germain Mauricio Pochettino, jurulatih Sevilla Julen Lopetegui dan jurulatih Sepanyol Luis Enrique.



Namun Van Gaal, yang memenangi Piala FA semasa menguruskan United dari 2014 hingga 2016 berkata Ten Hag harus menimbangkan pilihan yang ada dengan teliti.



"Erik seorang jurulatih yang hebat dan beliau adalah baik bagi Manchester United," kata Van Gaal, sejurus sebelum pasukannya, Belanda, bertemu Jerman dalam perlawanan persahabatan.



"Tapi Manchester United adalah kelab komersial... ini adalah pilihan yang sukar bagi seorang jurulatih. Beliau sebaik-baiknya menyertai kelab bola sepak," ujar Van Gaal lagi.



Ten Hag, yang menjadi jurulatih Ajax pada 2017, memenangi kejuaraan Belanda pada 2019 dan 2021 dan pasukannya ketika ini dua mata di hadapan PSV Eindhoven di tangga teratas liga.



Kontrak jurulatih berusia 52 tahun itu di Ajax ialah sehingga 2023 tetapi United mempunyai perhubungan yang baik dengan Ajax, di mana bekas penjaga golnya, Edwin van der Sar adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab.



Siapa sahaja yang mengisi jawatan di Old Trafford akan memerlukan proses utama pembinaan semula kelab, dengan beberapa pemain senior termasuk Paul Pogba, Jesse Lingard dan Edinson Cavani akan tamat kontrak pada akhir musim ini.



Masa depan Cristiano Ronaldo, yang menyertai semula United pada bulan Ogos, juga menjadi spekulasi selepas kempen mengecewakan kelab pada musim ini.- Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >