Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

OLIMPIK TOKYO

Jawatankuasa Penganjur Olimpik Tokyo bakal umum ketua baru

Feb 16, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Penganjur Olimpik Tokyo boleh memilih presiden baru seawal minggu ini, menurut satu laporan semalam.



Ini menyusuli reaksi sedunia yang kuat menentang bekas presiden Yoshiro Mori yang terpaksa meletak jawatan selepas mengutarakan hujah yang dianggap menindas dan menghina wanita.



Namun proses memilih presiden baru boleh berlanjutan sehingga minggu depan jika bilangan calon besar, kata Nippon TV dalam laporannya.



Antara calon yang sedang dipertimbangkan untuk mengganti Mori adalah Menteri Olimpik Seiko Hashimoto.



Hashimoto telah tujuh kali mewakili Jepun di Olimpik dan salah seorang daripada dua wanita dalam Kabinet Perdana Menteri Yoshihide Suga.



Hashimoto, yang dilahirkan beberapa hari sebelum Olimpik Tokyo 1964, memberitahu wartawan minggu lalu beliau belum lagi diminta menggantikan Mori.



Calon lain termasuk Mikako Kotani, peserta Olimpik dua kali dalam acara renang berirama yang kini berkhidmat dalam Jawatankuasa Olimpik Jepun dan penggubal undang-undang di Dewan Negara Tamayo Marukawa, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Olimpik.



Media Jepun juga telah menamakan Daichi Suzuki, bekas pemenang pingat emas acara renang kuak lentang yang juga berkhidmat sebagai suruhanjaya Agensi Sukan Jepun, sebuah pertubuhan yang menyokong sukan senegara.



Koji Murofushi, yang pernah memenangi pingat emas Olimpik acara melontar 'tukul' juga sedang dipertimbangkan, mengikut laporan media.



Murofushi telah berkhidmat sebagai pesuruhjaya agensi tersebut sejak Oktober, mengambil alik jawatan daripada Suzuki.



Sebaliknya, Saburo Kawabuchi, 84 tahun, telah menolak tawaran menggantikan Mori minggu lalu, meskipun beliau telah menerimanya sebelum itu.



Kawabuchi, 84 tahun, ialah bekas presiden Persatuan Bola Sepak Jepun dan dipilih oleh Mori sendiri, mengundang kritikan meluas.



Olimpik Musim pana,s yang ditangguh sejak tahun lalu akibat pandemik, kini dijadual bermula pada 23 Julai. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >