Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GOLF

Jelajah golf Asia disambung semula bulan depan

Oct 07, 2021 | 05:30 AM



JELAJAH golf Asia akan disambung semula pada bulan depan, selepas ia tertunggak sekian lama kerana pandemik Covid-19 ini, dengan empat kejohanan dirancang di Thailand dan Singapura, kata penganjur.



Jelajah itu digantung sejak Terbuka Malaysia pada Mac tahun lalu, selepas Covid-19 menyebabkan sekatan pergerakan dan penutupan sempadan antarabangsa di rantau ini.



Kejohanan pertama yang akan diadakan adalah Kejohanan Blue Canyon di Phuket pada 25-28 November ini. Pertandingan itu menyediakan hadiah bernilai AS$1 juta ($1.36 juta).



Ini diikuti Kejohanan Laguna Phuket bernilai AS$1 juta dari 2-5 Disember.



Buat masa ini, pelawat yang telah divaksin sepenuhnya boleh pergi ke Phuket tanpa dikenakan kuarantin.



Pada Januari depan pula, dua lagi pertandingan golf dijadual diadakan di Singapura pada dua minggu berturut-turut, kata penganjur Jelajah, tanpa memberikan butiran, lapor The Straits Times.



Salah satu acara itu adalah Terbuka Singapura SMBC di Kelab Golf Sentosa (SGC).



Pertandingan tahun ini telah dibatalkan akibat pandemik, sementara edisi 2020 diadakan pada 16-19 Januari.



Namun, pada April lalu, Kejohanan Dunia Wanita HSBC - yang dibatalkan pada 2020 - diadakan semula di SGC, dan melibatkan 69 pemain golf wanita terbaik di dunia.



Sehingga 250 penonton dibenarkan menyaksikan pertandingan itu di SGC, kesemuanya tetamu korporat.



Pada penghujung tahun ini, Singapura juga akan mengadakan pertandingan bola sepak Asean Piala AFF Suzuki dari 5 Disember hingga 1 Januari.



Bercakap kepada ST, pemain golf nombor satu setempat Quincy Quek berkata beliau ghairah menantikan Jelajah diadakan di sini. Kali terakhir beliau bertanding dalam acara antarabangsa adalah di Terbuka Singapura 2020, kata beliau.



Quek, yang sejak masa itu telah menjadi jurulatih golf di National Service Resort and Country Club berkata:



"Adalah hebat jika saya dapat beraksi dalam pertandingan antarabangsa dan bertanding untuk mencapai matlamat yang tertentu. Ini berbanding pada masa ini, apabila kita hanya berlatih tanpa sasaran khusus.



"Tentu sekali, kami sedar adanya bilangan kes Covid-19 yang bertambah di Singapura, tetapi saya pasti penganjur akan melaksanakan langkah-langkah yang sewajarnya."



Semua empat kejohanan itu akan dimainkan dalam 'gelembung', dengan setiap pemain dimestikan telah divaksin sepenuhnya sebelum dibenarkan bertanding.



Pesuruhjaya Jelajah Asia dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cho Minn Thant berkata menyambung semula Jelajah adalah mencabar kerana pertubuhan itu mempunyai banyak negara yang menjadi anggota dan setiap negara itu mempunyai protokol berhubung Covid-19 yang berbeza-beza.



"Namun, kami yakin dapat melengkapkan musim meskipun ada beberapa cabaran yang disebabkan oleh pandemik ini," ujar beliau.



Jika disambung semula, Jelajah Asia boleh melengkapkan Order of Merit dan mendapat juara baru. Bintang golf Thai Jazz Janewattananond memenangi pertandingan itu pada 2019.



Percubaan lalu untuk menyambung semula Jelajah Asia telah terganggu akibat penularan baru Covid-19 di rantau ini, dan memaksanya mengambil masa lebih lama untuk berbuat demikian berbanding acara serupa di Amerika Syarikat dan Eropah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >