PEMAIN skuad sepak takraw negara kini di Bangkok, Thailand, untuk menjalani latihan intensif selama dua minggu sebelum berangkat ke Palembang, Indonesia, bagi memulakan perjuangan dalam Sukan Asia yang bermula 18 Ogos ini.

Jurulatih pasukan Singapura, Padzli Othman, memberitahu Berita Harian (BH) beliau berpuas hati dengan intensiti latihan yang dijalani anak buahnya sejauh ini.