Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN BOLA SEPAK PIALA DUNIA

Jemput Balotelli sertai skuad Italy bak beli kereta secondhand...

Langkah pengurus Roberto Mancini tarik perhatian di dalam dan luar negara
Jan 28, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Tindakan Italy mengundang Mario Balotelli kembali menyertai pasukan nasional, selepas lebih tiga tahun dipinggirkan, menarik perhatian bukan peminat bola sepak negara itu sahaja, malah pemerhati bola sepak lain di Eropah.



Balotelli, kini berusia 31 tahun dan bermain bagi Adana Demirspor di Turkey, antara 36 pemain yang diundang pengurus Roberto Mancini menghadiri kem latihan tiga hari menjelang perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia menentang Macedonia pada Mac.



Italy, juara Kejohanan Eropah (Euro) 2020, perlu memenangi dua pusingan play-off untuk melayakkan diri ke Qatar, selepas mengakhiri pusingan kelayakan sebagai naib juara kumpulan di belakang Switzerland.



Wartawan bola sepak Italy Daniele Verri berkata memanggil semula Balotelli ke pangkuan pasukan nasional bak membeli kereta terpakai, tetapi menggesa penyokong bola sepak negara itu terus yakin akan rancangan Mancini.



Balotelli mempunyai rekod 14 gol dalam 36 perlawanan di peringkat antarabangsa.



Mengulas mengenai tindakannya itu, Mancini berkata beliau tidak memberi sebarang jaminan kepada Balotelli yang dia akan diberi tempat dalam skuad atau kesebelasan utama.



"Beliau tidak harus berjanji apa-apa kepada saya, dan saya tidak akan berjanji apa-apa kepadanya," kata Mancini.



"Namun, pada akhir kem latihan, kami akan menilai apakah beliau boleh membantu pasukan ini."



Mancini berkata beliau menganggap Balotelli sebagai pemain handal dan mempunyai kecekapan teknikal tinggi.



"Dari segi teknikal, saya tidak mempunyai masalah dengan Balotelli, kerana beliau pemain cekap. Tapi buat masa ini, kami perlu melihat keadaan jasmaninya dan apakah beliau boleh terus bersaing pada tahap tinggi," kata Mancini.



Balotelli menarik perhatian semasa beraksi dalam liga Turkey musim ini, dan disifatkan oleh seorang wartawan sukan di sana sebagai pemain paling komited dalam pasukannya.



Buat kali pertama dalam kerjayanya, Balotelli tidak mengundang kontroversi di dalam dan luar padang, tidak seperti semasa beliau menyarung jersi Manchester City dan Liverpool dalam Liga Perdana England (EPL).



Malah, Balotelli membantu Adana Demirspor, yang beraksi di liga terunggul Turkey buat julung-julung kali musim ini, bersaing dengan kelab lebih terkemuka dan ia kini menduduki tangga keempat.



Beliau menjaringkan sembilan gol dalam 21 perlawanan sejak berpindah ke Turkey.



Presiden kelab itu Murat Sancak berkata Balotelli memilih bermain untuk Adana Demirspor kerana beliau dambakan masa permainan lebih banyak bagi merebut tempat dalam pasukan nasional.



"Akhirnya, impian beliau tercapai dan pintu kini terbuka bagi beliau menyertai pasukan nasional," kata wartawan bola sepak Yakup Cinar. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >