GERGASI bola sepak Asia, Jepun, membuktikan mereka 'kembali dalam bisnes' sedang dua negara serantau Asia Tenggara - Malaysia dan Myanmar - mengalami kekalahan memalukan dalam Kelayakan Piala Dunia 2018 ini.
Selepas disekat 0-0 oleh Singapura dua bulan lalu - keputusan yang menyaksikan pasukan bola sepak negara Matahari Terbit itu dikecam hebat - Jepun menghidupkan saingannya dalam Kumpulan E ini dengan kemenangan 3-0 ke atas Kemboja, yang mengalami kekalahan ketiga berturut-turut dalam kelayakan ini.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg