Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA

Jepun, Korea Selatan gagah! Masa depan bola sepak Asia cerah

SYED AZMIR

Dec 11, 2022 | 05:30 AM



MASA depan bola sepak Asia kelihatan cerah menyusuli persembahan menakjubkan pasukannya dalam Piala Dunia 2022.



Enam pasukan yang mewakili Asia - tuan rumah Qatar, Jepun, Korea Selatan, Australia, Iran dan Saudi Arabia - telah menunjukkan mereka boleh bersaing menentang pasukan gergasi dunia.



Justeru, jurang tahap bola sepak Asia dengan pasukan dari Eropah, Amerika Selatan dan Afrika kini sudah tidak jauh lagi.



Jepun, dalam pusingan 16 pasukan terakhir, hampir-hampir menewaskan peserta akhir 2018, Croatia, tetapi sayang, tewas menerusi penentu sepakan penalti.



Apapun, pasukan Asia boleh berbangga dengan paparan mereka di Qatar.



Bagi saya, bagaimana persembahan pasukan kebangsaan atau cara mereka beraksi dalam Piala Dunia akan turut menjejas pembangunan bola sepak dalam negara.



Kita sekarang sudah melihat betapa tinggi tahap bola sepak Jepun.



Ini akan mendorong para pemain mereka yang lebih muda untuk lebih bersemangat dan mendahagakan kejayaan kelak.



Mereka akan fikir, "Saya juga mahu ke tahap itu dan bermain dalam Piala Dunia."



Bayangkan, pasukan seperti Jepun dan Korea Selatan, mereka mempunyai jutaan pemain,



Ini bermakna keinginan mereka untuk mencapai ke tahap tinggi bola sepak akan hanya menjadi lebih kuat.



Jadi, saya fikir, pada masa akan datang, lebih ramai pemain dari Jepun akan ke luar negara bermain dengan pasukan-pasukan Eropah.



Dari situ, apabila mereka kembali beraksi untuk pasukan negara mereka, ia akan hanya menjadi lebih mantap.



Contohnya, pemain sayap Jepun, Junya Ito, yang menyarung jersi kelab Ligue 1 Perancis, Stade de Reims.



Tubuhnya kurus tetapi beliau mampu menggelecek bola dan membuat hantaran dan menggunakan kepantasannya untuk melepasi beberapa pemain bek kiri yang bukan calang-calang.



Beliau bermain tanpa rasa takut.



Hebatnya beliau juga terlibat dalam mencipta serangan dan peluang jaringan untuk Jepun.



Ini mungkin datang daripada pengalamannya bermain dalam liga tertinggi Perancis.



Jadi, pasukan seperti Jepun, Korea Selatan, Iran dan juga Arab Saudi akan hanya menjadi lebih baik pada edisi Piala Dunia seterusnya.



Malah, persembahan pasukan Asia di Piala Dunia ini juga menjadi inspirasi dan rujukan kepada negara Asia Tenggara.



Kita boleh mempelajari daripada kejayaan negara ini dan menerapkannya dalam pasukan nasional sendiri.



Selain itu, penganjuran Piala Dunia di Qatar, yang pertama di negara Timur Tengah, juga telah membentuk imej yang baik untuk bola sepak.



Sebelum kejohanan, terdapat pelbagai isu berkaitan hak asasi manusia yang ditimbulkan.



Ada peminat juga yang tidak berpuas hati bahawa minuman keras tidak dijual dalam stadium di negara Muslim itu.



Tetapi, sebagai pelawat, kita harus belajar untuk memahami dan menghormati budaya dan peraturan negara lain.



Sama juga apabila kita, warga Asia dan yang mungkin beragama Islam, ketika ke negara Eropah atau Amerika Syarikat.



Kini, kita melihat Piala Dunia 2022 sebagai edisi yang lebih tenang dan selamat. Tiada keganasan atau kemarahan yang menyebabkan kekecohan.



Semua yang datang ke Qatar hanya di sana untuk tujuan menyaksikan Piala Dunia, dan perkara berhubung politik diketepikan.



Bola sepak, dengan cara baik, mampu menyatukan orang ramai.




► Penulis ialah penolong jurulatih Geylang International. Rencana ini berdasarkan perbincangan podcast #NoTapis 'Extra Time', sebuah podcast sukan terbitan Berita Harian/Berita Minggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >