Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jepun tebus maruah, bukti reputasi dengan kemenangan 3-0 ke atas Singa

Nov 12, 2015 | 09:29 PM



GAWANG Izwan Mahbud bertahan sepanjang 90 minit pertemuan di Saitama pada Jun lalu.


Tetapi dalam pertemuan kedua Kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Negara yang berakhir sebentar tadi (12 November), Jepun - yang berazam menebus kekecewaan di padang sendiri itu - hanya memerlukan 19 minit sebelum memaksa Izwan mengeluarkan bola daripada gawangnya.


Di penghujung wisel penamat, pasukan Samurai Biru berjaya menebus segala igauan buruk di Saitama dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Singa pimpinan Bernd Stange.


Mengasak kubu Singa sejak wisel mula, Jepun membuka tirai jaringan melalui rembatan voli cemerlang penyerangnya yang bermain untuk Kashima Antlers, Mu Kanazaki, yang gagal diselamatkan oleh Izwan pada minit ke-19 permainan.


Asakan bertubi-tubi pasukan pelawat kemudian menghasilkan gol kedua yang disempurnakan pemain AC Milan, Keisuke Honda, selang enam minit gol pembukaan pasukannya itu.


Tempo permainan rancak serta hantaran-hantaran pantas Jepun - sekalipun memulakan perlawanan tanpa bintang 'playmaker' Shinji Kagawa yang hanya dimasukkan pada minit ke-65 - meningkatkan tekanan ke atas pasukan tuan rumah yang terpaksa 'berkhemah' di kawasan sendiri, mempertahankan benteng pasukan.


Peluang terbaik Singa hanya tiba pada minit ke-65 tetapi tandukan Baihakki Khaizan tersasar sedikit selepas menyambut hantaran cantik tendangan bebas yang dilakukan Izzdin Shafiq.


Izwan menyelamatkan bentengnya beberapa kali lagi dalam babak kedua tetapi diperdayakan oleh sentuhan Maya Yoshida tiga minit sebelum wisel penamat untuk kemenangan 3-0, mengembalikan Jepun di tangga teratas Kumpulan E kelayakan ini.


Lebih penting lagi, kemenangan itu mengembalikan maruah pasukan yang menduduki tangga ke-50 ranking Fifa itu ke atas Singapura yang hanya menduduki tangga ke-152 dunia.


Singapura kini perlu bersiap bagi pertemuan dengan Syria di Stadium Negara pada Selesa depan - perlawanan yang perlu dimenangi jika mahu menghidupkan peluangnya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019.


Dua lagi pasukan dalam kumpulan kelayakan ini ialah Afghanistan dan Kemboja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >