Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN OLIMPIK

Jepun timbang benar penonton domestik hadiri Sukan Olimpik

Jun 10, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Jepun cenderung kepada membenarkan penonton domestik menghadiri Sukan Olimpik Tokyo meskipun di tengah-tengah pandemik Covid-19, lapor media semalam, dengan penganjur merancang untuk memantau pergerakan media luar negara bagi mengekang penularan virus.



Lebih ramai pegawai pemerintah Jepun dan penganjur Sukan Olimpik Tokyo menyokong keputusan mengadakan temasya sukan itu dengan kehadiran penonton domestik sedang program vaksinasi Covid-19 dilancarkan dan jumlah kes yang berkurangan, lapor akhbar Asahi, tanpa menyatakan sumber.



Ini bercanggah dengan kedudukan mereka sekitar sebulan lalu apabila terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan pentadbiran Perdana Menteri Yoshihide Suga mengenai Sukan Olimpik, yang bermula 23 Julai ini, perlu diadakan tanpa penonton, kata laporan itu.



Temasya sukan musim panas itu menyaksikan tentangan kuat daripada pihak awam dan pakar perubatan mengenai kebimbangan bahawa acara tersebut boleh menyebabkan lebih banyak jangkitan dan membebankan kemudahan perubatan, walaupun terdapat jaminan daripada pentadbiran Suga bahawa ia dapat diadakan secara selamat.



Presiden Tokyo 2020 Seiko Hashimoto kelmarin mengatakan bahawa media luar negara akan dipantau secara dekat untuk memastikan mereka tidak meninggalkan kawasan praberdaftar dalam usaha mengurangkan kebimbangan awam.



Media luar negara akan dipantau melalui GPS dan tidak akan dibenarkan untuk mengunjungi rumah rakan tempatan atau kawasan tidak berdaftar lain, tambah Hashimoto, menurut Asahi dan media tempatan lain.



Penganjur akan memuktamadkan rancangan bagi penonton sebelum hujung bulan ini setelah rundingan bersama pemerintah Jepun, serta pentadbiran Tokyo, kata Hashimoto kepada media.



Penonton luar negara sudah dilarang menghadiri Sukan Olimpik dan warga Jepun mungkin juga tidak akan dibenarkan daripada apa yang dijanjikan penganjur akan menjadi acara "gelembung" yang bersih untuk mengurangkan risiko penularan.



Sukan Olimpik Tokyo telah ditangguh selama setahun di tengah-tengah kebimbangan mengenai bagaimana penganjur dapat memastikan relawan, atlet, pegawai dan penduduk Jepun selamat semasa gelombang keempat Covid-19 negara itu.



Dalam pada itu, tempat kelayakan Korea Utara bagi Sukan Olimpik Tokyo bulan depan akan diperuntukkan semula kelmarin setelah ia memutuskan untuk tidak menghadiri temasya sukan itu, kata Jawatankuasa Antarabangsa Sukan Olimpik (IOC).



April lalu, Korea Utara mengatakan ia tidak akan menyertai Sukan Olimpik dek kebimbangan koronavirus.



Keputusan itu sekaligus memberi tamparan kepada usaha IOC untuk mempunyai 206 jawatankuasa Sukan Olimpik nasional - termasuk kedua-dua Korea Utara dan Korea Selatan - di Sukan Olimpik di Jepun itu.



"Pada April, mereka (Korea Utara) mengadakan perhimpunan agung dan ada keputusan yang dibuat pada waktu itu," kata pengarah solidariti Sukan Olimpik di IOC, James Macleod, dalam satu sidang media maya.



"Masalahnya adalah mereka tidak memberitahu kami secara rasmi. Kami telah melakukan banyak perbincangan berterusan mengenai sebab dan untuk menyediakan mereka jaminan sebanyak mungkin."



Ini bukan kali pertama Korea Utara terlepas bersaing dalam Sukan Olimpik musim panas sejak ia memboikot Sukan Olimpik Seoul pada 1988.



"Kami ingin 206 jawatankuasa Sukan Olimpik nasional untuk mengambil bahagian dalam temasya sukan ini," kata Macleod. "Ia sampai detik di mana kami harus membuat keputusan mengenai tempat kelayakan. Jadi, keputusan telah dibuat oleh lembaga eksekutif (IOC) hari ini."



"Hari ini kita perlu menguntukkan semula empat tempat itu untuk berlaku adil kepada atlet lain." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >