Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jerebu: FAS keluarkan garis pandu sama ada atau tidak tundakan pertarungan LionsXII-Terengganu

Sep 25, 2015 | 08:22 PM



PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) mengeluarkan garis panduan sama ada untuk meneruskan atau tidak perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara LionsXII dengan Terengganu yang dijadualkan di Stadium Jalan Besar pada malam esok (26 September) menyusuli keadaan jerebu yang semakin buruk.


Dalam satu kenyataannya malam tadi (25 September), FAS menyatakan bahawa pertarungan itu akan ditunda sekiranya Indeks Piawai Pencemaran (PSI) tiga jam melebihi 300 pada 5 petang (esok) atau PSI melebihi 200 pada 7 malam (esok).


Jika PSI tiga jam berlegar antara 151 dengan 200 pada 7 malam esok pula, badan pentadbir bola sepak itu pula akan menganjakkan waktu permulaan perlawanan dan mengawasi keadaan jerebu jika ia lebih baik atau sebaliknya. Keputusan selanjutnya akan dibuat berdasarkan keadaan setiap jam yang menyusul.


Keputusan itu, kata kenyataan FAS lagi, diambil "demi kesejahteraan serta keselamatan para penyokong, pemain dan pegawai yang merupakan perkara yang paling utama".


"FAS akan terus memantau keadaan jerebu setiap jam dan mengambil pendekatan yang seimbang dan berhati-hati berkaitan dengan perlawanan.


"Jika keadaan jerebu di Singapura semakin memburuk dan berterusan, keputusan untuk menundakan perlawanan akan diambil lebih awal dengan semua kelab dan pihak-pihak yang berkepentingan diberitahu secepat mungkin.


"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memahami dan terus memberikan sokongan. Mereka yang kurang sihat, terutama warga emas dan kanak-kanak, serta mereka yang menghadapi masalah pernafasan atau kesihatan yang lain, dinasihati mendapatkan rawatan dan/atau berehat di rumah," tambah FAS.


LionsXII pimpinan Fandi Ahmad dijadualkan menerima kedatangan Terengganu dalam perlawanan ketiga Kumpulan A Piala Malaysia ini. Anak didik Fandi kini menduduki tangga kedua kumpulan selepas satu kemenangan (2-1 ke atas JDTII) dan satu seri (1-1 dengan Kedah) manakala Sang Penyu di tangga corot selepas dibelasah 0-5 oleh Kedah dalam perlawanan terakhirnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >