Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020

Jerman dijangka terpaksa kerja keras apabila temui Perancis

Jun 15, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Dua gergasi bola sepak Eropah, pemenang Piala Dunia 2018 Perancis dan juara dunia 2014 Jerman, akan bertembung dalam perlawanan Kumpulan F Euro 2020 di Munich awal pagi esok (waktu Singapura).



Pasukan Didier Deschamps sudah bersiap untuk membalas dendam bagi kekalahan di final Euro 2016 dan disebut sebagai pasukan pilihan untuk menjadi juara tahun ini, sementara jurulatih Joachim Low berharap dapat mencapai kecemerlangan buat kali terakhir bersama Die Mannschaft (gelaran pasukan Jerman).



Deschamps membariskan pasukan yang hampir kuat sepenuhnya dalam perlawanan persahabatan menentang Wales dan Bulgaria baru-baru ini, jelas menyampaikan mesej kepada pasukan lain bahawa Perancis tidak mahu diambil ringan musim panas ini.



Perancis menang 3-0 dalam kededua perlawanan menjelang Euro 2020 itu.



Kali terakhir Les Blues mengalami kekalahan dalam perlawanan pembukaan ialah pada 1960 - 5-4 kepada Yugoslavia dalam kejohanan pertama Eropah.



Dengan rekod mantap Deschamps - empat perlawanan terakhir tanpa bolos gol - penyerang Jerman dijangka terpaksa berusaha lebih esok.



Deschamps berkata: "Saya berkawan dengan Joachim Low. Kami suka satu sama lain. Kami bertemu beberapa kali. Apabila kami bertemu satu sama lain dalam perlawanan, kami berdua fokus pada acara dan pemain kami.



"Saya sangat menghormati apa yang telah beliau lakukan dan, sekali lagi, tempoh panjangnya bersama Jerman pada tahap tinggi, walaupun melalui beberapa kesukaran - kadangkala sangat sukar."



Dengan Hansi Flick disahkan sebagai pengganti Low, pengurus Jerman yang bakal mengundur diri itu tekad fokus meraih kejayaan terakhir dalam tempoh pelantikan selama 15 tahunnya.



Namun, keputusan Jerman yang tidak mengagumkan - tiga menang, dua kalah dan satu seri dalam enam perlawanan terakhir, termasuk kalah 6-0 kepada Sepanyol dan 2-1 di tangan Macedonia Utara - memberi peringatan bahawa tugas Low tidak semudah yang dijangka.



Mutu mereka sebagai juara akan diuji apabila Perancis, Hungary dan pemenang Euro 2016 Portugal dalam Kumpulan F, yang dikenali sebagai kumpulan maut.



Mengulas mengenai lawannya esok, Low berkata: "Perancis mempunyai pasukan paling mudah menyesuaikan diri di dunia. Kami tahu cara mereka main, namun hampir mustahil untuk meramal mereka.



"Kami mempunyai dinamik baik dalam pasukan kami, suasananya sangat bagus. Jika kami menggunakan kekuatan kami dengan betul, kami dapat melangkah dalam perlawanan ini dengan yakin."



Perancis dijangka membariskan trio serangan Karim Benzema, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann sebagai senjata kemenangan.



Benzema, 33 tahun, mengesahkan beliau telah kembali menjalani latihan penuh dengan Les Blues setelah pulih daripada kecederaan ringan yang dialami ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Bulgaria Rabu lalu.



Penyerang Real Madrid itu disertakan semula dalam skuad Perancis buat kali pertama sejak enam tahun. Meskipun tumpul dalam dua perlawanan persahabatan Perancis baru-baru ini, rekod 27 gol Benzema bagi Les Blues akan terbukti penting.



Jerman dijangka bergantung pada penyerang veteran Thomas Muller, yang kembali dalam skuad nasional selepas lebih dua tahun, di samping Serge Gnabry dan pemenang Liga Juara-Juara Kai Havertz.



Muller, 31 tahun, membuat lebih 100 penampilan antarabangsa sejak 2010 dan menyumbatkan 38 gol buat Jerman. Pengalaman penyerang Bayern Munich ini boleh memberi benteng Perancis beberapa masalah esok. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >