Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA 2014

Jerman juara Piala Dunia 2014, tundukkan Argentina 1-0

Mario Goetze menjaringkan gol tunggal permainan dalam minit ke-113, selepas permainan berakhir 0-0 dan dilanjutkan ke masa tambahan.
Jul 14, 2014 | 11:55 AM



JERMAN ialah juara Piala Dunia 2014, menundukkan Argentina 1-0 di Stadium Maracana, Rio De Janeiro sebentar tadi.


Pemain gantian Mario Goetze menjaringkan gol kemenangan tujuh minit sebelum akhir masa tambahan, selepas permainan berkesudahan 0-0 di akhir 90 minit perlawanan.


Kemenangan itu adalah kemenangan Jerman yang keempat di Piala Dunia, yang juga menjadi negara Eropah pertama untuk menjulang Piala Dunia di negara Amerika Selatan.


Final antara dua musuh lama ini bermula dengan rancak, dengan kededua pasukan bergilir-gilir mengasak gawak masing-masing.


Penyerang Argentina Gonzalo Higuain terlepas peluang keemasan untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-20 apabila tandukan Toni Kroos kepada penjaga gawangnya Manuel Neuer jatuh ke kakinya. Namun percubaan volinya dari posisi satu lawan satu tersasar. Selang 30 minit, Higuain menemui sasaran dari jarak dekat tetapi gol tidak memberikan gol kerana beliau berada dalam posisi ofsaid.


Dalam minit ke-40, Lionel Messi meloloskan diri daripada kawalan pertahanan Jerman tetapi percubaannya yang meleret memperdayakan Neuer berjaya dibuang keluar oleh Boateng.


Di gawang bersetentangan, pada minit ke-37, Sergio Romero terpaksa tangkas menampar bola hasil rembatan Toni Kroos untuk mengekalkan kedudukan 0-0. Dalam masa kecederaan Howedes berpeluang membuka tirai jaringan untuk Jerman, tetapi tandukannya dari jarak enam meter mengena tiang kanan diselamatkan Romero apabila ia cuba disambar Mueller dari posisi ofsaid.


Separuh masa kedua bermula dengan Argentina mengasak benteng Jerman yang seolah-olah rela bertahan sementara menanti peluang mengatur serangan balas.


Kegagalan kededua pasukan untuk mencipta sebarang pelaung gol ketara bermakna permainan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan, namun Rodrigo Palacio berpeluang menjaringkan gol pembuka tirai di pertengahan separuh masa tambahan pertama tetapi percubaan lambungnya tersasar dan melantun keluar.


Sebaliknya, dalam minit ke-113, Andreas Schurrle berjaya menghantar umpanan tepat kepada Goetze yang meluru ke dalam petak penalti. Pemain Bayern Munich berusia 22 tahun itu mengawal bola dengan dadanya sebelum melepaskan voli yang memperdayakan Romero dan menjamin kemenangan untuk Jerman - kejuaraan dunianya yang pertama dalam 24 tahun.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >