Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA

Jerman layak ke Piala Dunia 2022; Wales masih ada harapan

Oct 13, 2021 | 05:30 AM



SKOPJE: Jerman meneruskan rekod cemerlang di bawah jurulatih baru, Hansi Flick, dan menjamin tempat ke Piala Dunia 2022 apabila penyerang Chelsea, Timo Werner, menjaringkan gol dua kali ketika membenam Macedonia Utara 4-0 kelmarin.



Hanya sebulan selepas mengalami kekalahan mengejut 2-1 kepada lawan yang sama di padang sendiri, Jerman menampilkan persembahan dominan ketika menang di Skopje.



Ia menambah kelebihan mereka dalam saingan Kumpulan J kepada lapan mata dan memastikan tempat ke kejohanan tahun depan di Qatar.



Rakan sepasukan Werner di Chelsea, Kai Havertz, juga mencatat nama selaku penjaring manakala bekas pemain belia antarabangsa England, Jamal Musiala, menjaringkan gol antarabangsa pertamanya sedang Jerman mencatat lima kemenangan dalam lima perlawanan di bawah Flick yang mengambil alih tugas daripada Joachim Loew selepas Euro 2020.



Jurulatih berusia 56 tahun itu berkata juara Piala Dunia 2014, Jerman, "perlu pergi lebih jauh" namun menegaskan pasukan itu boleh bersaing dengan pasukan handalan dunia yang lain.



"Pemain kami ada kualiti untuk mencabar Perancis, Italy dan Belgium. Saya sangat optimis," katanya.



Pemain tengah, Leon Goretzka, juga menyokong Flick untuk membawa Jerman kembali ke tahap terbaik dunia selepas gagal dalam dua kejohanan utama sebelum ini.



"Kami masih perlu meningkat untuk kembali ke atas, tetapi hanya ada beberapa orang lebih baik berbanding Hansi boleh melakukannya," katanya kepada RTL.



Dalam perlawanan lain kelayakan Piala Dunia, Wales menang 1-0 mengatasi Estonia di Tallinn kelmarin yang membuatkan Belgium perlu menanti bagi menempah tiket ke Piala Dunia 2022.



Gol Kieffer Moore pada minit ke-12 sudah cukup buat Wales membalas kekecewaan tanpa gol ketika seri berdepan Estonia di padang sendiri bulan lalu.



Selain daripada kemenangan Wales itu, ia akan menyaksikan Belgium terus mengetuai Kumpulan E dan menempah tempat ke Qatar tahun depan.



Namun Wales yang beraksi tanpa Gareth Bale yang cedera, meneruskan harapan mengejar pasukan tangga teratas dunia itu dengan mereka kini lima mata di belakang Belgium berbaki dua perlawanan.



Republik Czech menghuni tempat kedua kumpulan berdasarkan perbezaan gol selepas menang 2-0 mengatasi Belarus tetapi bermain lebih satu perlawanan.



Belgium boleh menjamin tempat ke pusingan akhir apabila mereka menyambut kehadiran Estonia di padang sendiri bulan depan.



Sementara itu, Memphis Depay menjaringkan dua gol ketika Belanda mencatat kemenangan selesa 6-0 ke atas Gibraltar dalam kelayakan Piala Dunia di Rotterdam.



Depay kini sudah menjaringkan 14 gol antarabangsa tahun ini, lebih banyak daripada mana-mana pemain Belanda dalam kalendar setahun.



Selain penyerang itu, Virgil van Dijk, Denzel Dumfries, Arnaut Danjuma dan Donyell Malen turut menghasilkan jaringan dalam pesta gol itu.



Pasukan Louis van Gaal kekal di puncak Kumpulan G, dua mata di depan Norway, dan penghuni tempat ketiga Turkey. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >