Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK: PERLAWANAN LAIN

Jerman lebarkan jurang, England kekal rekod menang

Sep 07, 2021 | 05:30 AM



STUTTGART (Jerman): Serge Gnabry menjaringkan dua gol ketika Jerman membelasah Armenia 6-0 di Stuttgart awal pagi semalam sekali gus melebarkan jurang di tangga teratas Kumpulan J dalam kelayakan Piala Dunia.



Mereka kini mendahului kumpulan dengan 12 mata - dua mata di hadapan Armenia - selepas lima perlawanan.



Gnabry menjaringkan dua gol pada awal perlawanan sebelum Marco Reus dan Timo Werner turut menemui sasaran pada separuh masa pertama.



Jonas Hofmann menjaringkan gol kelima dan kemudiannya membantu Karim Adeyemi, pemain yang berusia 19 tahun, menjaringkan gol pertama sewaktu penampilan sulungnya bersama pasukan Jerman.



Kali terakhir Jerman tewas adalah lebih setahun lalu.



"Kami mendahului pada awal perlawanan, yang memberi kelebihan buat kami," kata Gnabry kepada syarikat media Jerman RTL.



"Kami beraksi dengan baik di hadapan gol dan mungkin dapat menjaring lebih banyak gol lagi.



"Kami akan membawa kejayaan ini bersama kami ke Iceland untuk cuba meraih mata penuh di sana," katanya yang bersedia untuk berdepan aksi kelayakan seterusnya di Reykjavik.



Dalam perlawanan keduanya sebagai ketua jurulatih Jerman, Hansi Flick, membuat enam perubahan daripada barisan pemain yang memulakan perlawanan ketika mereka menang 2-0 mengatasi pasukan kerdil, Liechtenstein, Khamis lalu.



Sementara itu England kembali ke Wembley buat pertama kali sejak final Euro 2020 yang mengecewakan dengan membelasah Andorra 4-0.



Dengan kemenangan itu, England mengekalkan rekod sempurna dalam saingan kelayakan Piala Dunia.



Pengurus Gareth Southgate menukar kesebelasan utama pasukannya yang menang selesa 4-0 di Hungary pada pertengahan minggu - kali pertama dilakukan England sejak 1982.



Bagaimanapun pasukan tuan rumah ternyata terlalu gagah buat pasukan yang berada di kedudukan ke-156 ranking dunia itu. Ini meskipun England menghadapi kesukaran untuk mendapatkan gol pada awal perlawanan.



Jesse Lingard menjaringkan dua gol dan pemain gantian, Harry Kane, menjaringkan penalti sebelum gol lewat oleh pemain muda, Bukayo Saka, membolehkan England mencatat lima kemenangan daripada lima perlawanan dalam Kumpulan I.



Saka, pemain Arsenal yang gagal menyempurnakan penalti pada final Euro 2020 menemui sentuhan jaringan dan Southgate berharap pemain berusia 20 tahun itu sudah boleh "menutup" kekecewaannya.



"Beliau menerima sambutan hangat sebelum dan ketika perlawanan," kata Southgate kepada ITV.



"Anda dapat melihat bahawa beliau adalah antara pemain yang sangat popular dengan pemain lain dalam pasukan.



"Saya harap ia akan membantunya melupakan kekecewaan sebelum ini." - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >