Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jersi Argentina jadi buruan di sini, ditawar hingga hingga $5,000 sehelai

Dec 21, 2022 | 05:30 AM



PERMINTAAN bagi jersi dan tanda mata pasukan bolas sepak Argentina melonjak hampir semalaman di Singapura, selepas pasukan itu menjadi juara Piala Dunia.



Jersi jalur biru putih Argentina, yang dipakai pemainnya semasa mereka menewaskan Perancis 4-2 di Qatar 2022 melalui tendangan penalti, telah habis dijual di beberapa kedai fizikal di sini dan dalam talian.



Malah, beberapa penjual dalam talian sekarang meletak harga hingga $5,000 bagi sehelai jersi Argentina.



Sebagai contoh, seorang penjual di Carousell menjual satu set jersi, seluar dan stokin Argentina pada harga $4,989 pada 2 pagi kelmarin.



Seorang lagi penjual meminta harga $1,000 bagi jersi serupa.



Di kedai penjual rasmi, sehelai jersi replika Piala Dunia Argentina berharga $95, sementara sehelai jersi serupa dengan yang dipakai pemain Argentina berharga sekurang-kurangnya $190.



Pengurus kedai Adidas di Singapura, Ruiyuan Chen, berkata kededuanya, iaitu jenis jersi jalur biru putih dan jersi saiz kanak-kanak, telah habis dijual dalam talian dan stor fizikalnya.



Hingga petang kelmarin, Adidas di Singapura hanya mempunyai stok terhad jersi berwarna ungu.



Bercakap kepada The Straits Times, Chen berkata: "Prestasi hebat Argentina di Piala Dunia dan potensi pertandingan itu menjadi yang terakhir bagi Lionel Messi bermakna permintaan tinggi kekal bagi jersi Argentina sepanjang pertandingan."



Beberapa kedai yang dikunjungi ST di Pusat Beli-Belah Peninsula - tempat tumpuan bagi barangan bola sepak - berkata jersi jalur biru putih Argentina kehabisan sejak minggu lalu dan permintaannya dijangka meningkat sepanjang beberapa bulan akan datang.



Pengurus besar di Crown Sports, Kuljeev Johal, berkata sekitar 30 peminat bertanya tentang jersi biru putih Ahad lalu.



"Keadaan ini adalah biasa pada setiap Piala Dunia... permintaan bagi jersi dua pasukan yang memasuki final biasanya meningkat hingga enam bulan selepas Piala Dunia," kata beliau.



Sementara itu, permintaan bagi jersi Perancis, naib juara Piala Dunia Qatar 2022, juga meningkat dalam tempoh ini.



Seorang jurucakap Nike berkata jersi Perancis di Singapura telah habis terjual dalam talian dan di kedai-kedainya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >