Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ISU JERSI

'Jersi dilelong bukan yang dipakai Maradona'

Apr 09, 2022 | 07:16 AM



BUENOS AIRES: Anak perempuan sulung Diego Maradona berkata jersi pasukan bola sepak Argentina yang sedang dilelong bukan yang dipakai bapanya apabila menjaringkan gol Hand of God semasa menentang England di suku akhir Piala Dunia 1986.



Sebaliknya, Dalma Maradona berkata jersi yang dilelong itu hanya dipakai oleh bapanya dalam separuh pertama perlawanan, di mana tiada gol dijaringkan.



Baru-baru ini, bekas pemain England yang beraksi dalam perlawanan itu, Steve Hodge, melelongkan jersi yang dipertikaikan itu, yang dijangka menarik harga lebih £4 juta ($7 juta).



Hodge berkata Maradona telah bertukar jersi dengan beliau di akhir perlawanan tersebut yang berlangsung di Mexico City.



Syarikat yang mengendalikan acara lelong itu, Sotheby's, berkata ia telah mendapatkan pihak ketiga untuk memberi pandangan pakar jika jersi tersebut adalah yang tulen dan sebagaimana yang didakwa.



Namun, Dalma berkata jersi yang dipakai oleh bapanya dalam separuh masa kedua, di mana bapanya menjaringkan dua gol - salah satu menggunakan tangannya - kini dimiliki orang lain. Beliau enggan menamakan orang itu.



"Saya enggan menamakan orang yang memiliki jersi sebenar. Bapa saya sendiri yang memberitahu saya. Beliau berkata beliau tidak rela memberikan jersi paling penting dalam hidupnya itu kepada pemain lain," ujar Dalma, yang berkata beliau tampil menjelaskan keadaan supaya bakal pembeli jersi itu tahu perkara sebenar. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >