Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Jersi nombor 7 milik Ronaldo

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Cristiano Ronaldo akan menyarung kembali jersi nombor tujuh Manchester United selepas Edinson Cavani bersetuju melepaskannya.



Pasukan Red Devils mengesahkan Ronaldo akan disatukan semula dengan nombor lagenda itu yang digunakannya ketika pertama kali beraksi bersama Man United antara 2003 hingga 2009.



Ronaldo mengikut jejak deretan legenda United yang memakai nombor berkenaan yang dianggap sebagai sangat istimewa dalam sejarah kelab itu.



Angka tersebut pernah dipakai oleh pemain legenda seperti George Best, Bryan Robson, Eric Cantona dan David Beckham.



Pemain antarabangsa Portugal berusia 36 tahun itu kembali ke Old Trafford dari Juventus minggu lalu.



Namun pada waktu itu jersi nombor tujuh kegemarannya telah diberikan kepada Cavani sejak permulaan musim ini.



Bagaimanapun pemain veteran Uruguay itu bersetuju menggunakan jersi nombor 21 - yang dipakainya ketika mewakili negara - agar Ronaldo dapat menyarung kembali jersi nombor tujuh yang sinonim dengannya.



"Manchester United boleh mengesahkan yang Cristiano Ronaldo akan memakai jersi nombor tujuh selepas kembali ke Old Trafford nanti," kata kelab itu.



Ronaldo pula berkata: "Saya tak pasti pada awalnya sama ada boleh atau tidak memakai jersi nombor 7 sekali -lagi, jadi saya amat berterima kasih kepada Edi yang sedia menukarnya.'"



Dalam penampilan sulung bersama United, Ronaldo yang berpindah dari Sporting Lisbon, berjaya menjaringkan 118 gol ketika kelab itu -dikendalikan oleh Sir Alex Ferguson.



Dalam tempoh enam tahun itu, beliau juga telah membantu United meraih sembilan -piala termasuk tiga gelaran Liga Perdana England (EPL) dan satu Liga Juara-Juara.



Ronaldo, 36 tahun, meninggalkan United untuk menyertai Real Madrid 12 tahun lalu, dijangka akan beraksi ketika menentang Newcastle pada 11 September ini. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >