Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Joao Felix menyerlah bantu Barcelona tundukkan Antwerp 5-0

Sep 20, 2023 | 2:54 PM
KEMENANGAN BESAR: Pemain tengah Gavi (kanan) dan penyerang Joao Felix (kiri) antara pemain yang menjaringkan gol dalam kemenangan besar Barcelona ke atas Royal Antwerp dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
KEMENANGAN BESAR: Pemain tengah Gavi (kanan) dan penyerang Joao Felix (kiri) antara pemain yang menjaringkan gol dalam kemenangan besar Barcelona ke atas Royal Antwerp dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. - Foto AFP

BARCELONA: Penyerang baru Barcelona, Joao Felix, menjaringkan dua gol dalam kemenangan besar 5-0 pasukan itu ke atas Royal Antwerp dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H Liga Juara-Juara Uefa di Estadi Olimpic Lluis Companys pada 19 September.

Selepas disingkirkan pada peringkat kumpulan pada musim-musim lalu, Barca berjaya menguasai perlawanan dengan hantaran-hantaran bola yang pantas, dengan Felix, Robert Lewandowski dan Gavi semuanya menjaringkan gol.

Pemain terbaru Barcelona, Felix membuka jaringan dengan percubaan pertama tuan rumah pada minit ke-11, menjaringkan gol menerusi rembatan rendah.

Pemain Portugis itu membuat umpanan kepada Lewandowski dalam kotak untuk menambahkan gol Barcelona lapan minit kemudian.

Penyerang Poland itu menjadi pemain ketiga menjaringkan 100 gol dalam pertandingan Eropah selepas Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Raphinha menjadikan kedudukan 3-0 untuk Barcelona selepas 22 minit apabila rembatannya terkena Jelle Bataille untuk gol sendiri.

Pemain sayap Antwerp, Arbnor Muja, berpeluang merapatkan jurang untuk memberikan sedikit harapan kepada pelawat itu sebelum masa rehat tetapi percubaannya ditepis penjaga gawang Marc Andre ter Stegen.

Pasukan pimpinan Xavi Hernandez itu kembali selepas masa rehat dengan tekad lebih tinggi untuk menjaringkan lebih banyak gol dalam kempen peringkat kumpulan Liga Juara-Juara ke-28 mereka itu, iaitu rekod pertandingan yang dikongsi bersama Real Madrid.

Mereka tidak perlu menanti lama kerana Gavi menjadikannya 4-0 menerusi rembatannya.

Felix juga menambah satu lagi gol melalui tandukannya untuk melengkapkan kemenangan Barcelona di padang sementaranya sedang Stadium Camp Nou dibangunkan semula.

Penguasaan Barcelona kelihatan menerusi 22 percubaan gol berbanding hanya tiga oleh Antwerp, yang beraksi dalam Liga Juara-Juara setelah mereka berjaya memenangi liga domestik buat kali pertama dalam lebih 60 tahun.

Dalam pertembungan Kumpulan H yang lain, Porto menewaskan juara Ukraine Shakhtar Donetsk 3-1 di Hamburg. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg