Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM

Jonathan Au Eong menang emas 'bersejarah' dalam lawan pedang

May 16, 2022 | 05:30 AM



PELAWAN pedang Singapura Jonathan Au Eong memenangi pingat emas bersejarah dalam acara foil individu lelaki di Sukan SEA semalam selepas mengatasi warga Filipina Nathaniel Perez 15-7 dalam final di Gimnasium Sukan Dalam Bangunan My Dinh di Hanoi.



Untuk menempah tempat ke final, Au, 21 tahun, mengalahkan pemenang pingat perak Sukan SEA 2019 dari Malaysia, Hans Yoong 15-11 di separuh akhir.



Sebelum temasya sukan Vietnam ini, keputusan terbaik Singapura dalam acara itu adalah pingat perak.



Awal sebelum itu, rakan senegara Jessica Ong merangkul pingat perak dalam acara sabre individu wanita selepas jatuh di tangan Bui Thi Thu Ha dari Vietnam 15-11 dalam final.



Dalam silat pula, Singapura meraih satu lagi pingat gangsa dalam Sukan SEA kali ini.



Di Gimnasium Bac Tu Liem semalam, Muhammad Syakir Jeffry, 20 tahun, terkandas di separuh akhir acara tanding putera kelas H (80-85 kilogram) selepas tewas kepada Ronaldo Neno dari Indonesia, 33-49.



Syakir, yang buat pertama kali beraksi dalam Sukan SEA, berkongsi pingat gangsa bersama pesilat Mohammad Amiruddin Adzmi, yang turut tumpas dalam separuh akhirnya.



Pasukan silat Singapura akan dapat menambah jumlah pingat mereka hari ini, setelah tiga pejuang negara berjaya ke final. Negara dijamin sekurang-kurangnya tiga pingat perak.



Abdul Raazaq Abdul Rashid mengecewakan juara dunia tiga kali Malaysia, Mohd Al Jufferi Jamari 26-21 dalam separuh akhir acara tanding putera kelas F (70-75kg).



Abdul Raazaq, 20 tahun, ketinggalan 26-31 berbaki 11 saat dalam pusingan terakhir sebelum Jufferi, 30 tahun, menendang Raazaq di muka dan diberikan amaran.



Jufferi, yang mencedera bahu kanannya dalam suku akhir, dikenakan potongan lima mata dengan Singapura merampas kemenangan di saat-saat akhir.



Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin turut ke final dalam acara tanding putera kelas G (75-80kg) menerusi tewas teknik atau 'technical knockout' (TKO).



Pesilat Thailand, Suthat Bunchit, disingkirkan dalam pusingan kedua selepas secara haram menumbuk muka Ferdous, 25 tahun, yang kemudian harus diusung keluar dari gelanggang oleh pasukan perubatan. Sebelum aksi berbahaya itu, Ferdous ketinggalan 10-14.



Kelmarin, juara dunia Muhammad Hazim Mohd Yusli, 20 tahun, menjadi pesilat negara pertama untuk melayakkan diri ke final.



Pemenang pingat emas di Sukan SEA 2019 itu menumpaskan warga Laos, Chansamone Phomsopha, melalui tewas teknik dalam separuh akhir acara tanding putera kelas C (55-60kg).



Sehingga akbar ini dicetak, lagi tiga pesilat negara - Sheik Farhan Sheik Alau'ddin (putera kelas J), Nurul Suhaila Mohamed Saiful (puteri kelas E) dan Siti Khadijah Mohd Shahrem (puteri kelas F) - beraksi dalam separuh akhir acara tanding semalam.



Singapura sejauh ini telah membolot lima pingat di Hanoi - satu emas, dua perak dan dua gangsa.



Empat pingat sebelumnya dimenangi dalam acara seni.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >