England berjaya melangkah ke separuh akhir buat kali ketiga dalam sejarah Piala Dunia. Tetapi, ramai bintang skuad itu yang kini di Russia telah menjalani laluan luar biasa untuk mencapai ke tahap mereka sekarang. Mereka bukan lagi pemain yang "membesar" di akademi bola sepak seperti yang pernah dilalui para pemain lama. Kini, skuad tersebut diwakili mereka yang pernah bermain di kelab-kelab kurang terkenal seperti Darlington, Alfreton, Halifax, Welling dan Aldershot. Malah, tiga daripada mereka mempamerkan corak permainan yang hebat semasa England menundukkan Sweden 2-0 dalam perlawanan suku akhir Sabtu lalu. Harry Maguire menjaringkan gol pertama, penjaga gawang Jordan Pickford dinamakan pemain terbaik perlawanan dan Kieran Trippier sekali lagi cemerlang di padang, walhal ketiga-tiganya langsung tidak disenaraikan dalam skuad tersebut apabila kelayakan Piala Dunia bermula. Berikut dibentangkan perincian tentang ketiga-tiga pemain berbakat itu.

KIERAN TRIPPIER

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti