Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Joseph Schooling, Amanda Lim dilayan sama seperti orang lain dalam siasatan ambil ganja: Shanmugam

Sep 01, 2022 | 12:35 AM



Dalam ulasan pertamanya mengenai siasatan Biro Narkotik Pusat (CNB) berhubung perenang negara Joseph Schooling dan Amanda Lim berkaitan pengambilan ganja, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, pada Rabu malam (31 Ogos) berkata kedua-duanya tidak menerima sebarang layanan istimewa.


Beliau juga menggesa rakyat Singapura untuk menyokong dua perenang itu.


Dalam satu catatan Facebook, Encik Shanmugam menulis:

“Perenang ini telah bekerja keras, memberi banyak (kepada negara). Mereka membawa penghormatan kepada Singapura.


“Schooling khususnya mencapai kejayaan amat tinggi yang tidak pernah saya bayangkan: Emas Olimpik dan  dalam renang. Saya tidak akan lupa beliau  bertanding bersama barisan  legenda –  perlawanan akhir mempunyai begitu ramai bintang. Dan beliau  menewaskan mereka semua.


“Kedua-dua Schooling dan Amanda telah dilayan dengan cara sama seperti orang lain  dilayan.


“Saya pasti rakyat Singapura akan bersikap baik hati, dan mengingati perkara indah yang telah dilakukan  dua orang muda ini. Dan berikan mereka sokongan kita.”


Badan sukan negara Sport Singapore (SportSG) mendedahkan pada Selasa lalu (30 Ogos) bahawa CNB telah menyiasat Schooling dan  Lim dan mendapati kedua-duanya telah mengambil dadah terkawal.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >