Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Jota bantu Liverpool melonjak tangga keenam, kembali hidupkan peluang

Mar 17, 2021 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Diogo Jota menghidupkan semula peluang Liverpool menduduki empat tempat teratas Liga Perdana dengan menjaringkan gol kemenangan ketika beraksi kembali di Molineux dalam perlawanan yang berakhir 1-0, dan penjaga gol Wolves Rui Patricio mengalami kecederaan kepala yang membimbangkan.



Jota, yang menyertai Liverpool dari Wolves September lalu, meledakkan rembatan pertama kali yang rendah untuk menentukan perlawanan yang sengit kelmarin.



Ia adalah cara terbaik untuk penyerang Portugal itu menandakan kemunculan pertama beliau kembali ke bekas kelabnya dan ia menyaksikan Reds naik ke tangga keenam - dua mata di belakang penghuni tangga kelima, West Ham, dan lima mata di belakang Chelsea di tempat keempat.



Dalam perlawanan yang kurang peluang jaringan yang jelas, Mohamed Salah menyaksikan percubaannya di saat akhir ofsaid.



Namun, apa yang lebih merisaukan untuk pasukan tuan rumah adalah melihat Patricio dibawa keluar padang menggunakan usungan.



Ini setelah permainan ditangguh lama berikutan pertembungan Patricio dengan kaptennya, Conor Coady, ketika cuba menghalang Salah daripada menjaringkan gol.



Meskipun kejadian yang berlaku di padang itu seumpama ulangan kecederaan kepala yang dialami pemain Wolves Raul Jimenez sebelum ini, mujur bos Wolves Nuno Espirito Santa dapat mengurangkan kerisauan terhadap kesihatan penjaga golnya dalam wawancara selepas perlawanan.



"Rui Patricio okay. Dia sedarkan diri," kata Nuno.



"Dia ingat apa yang berlaku. Pemeriksaan dijalankan adalah positif, dia akan menjadi okay.



"Apabila ia adalah sesuatu yang sangat serius, anda sentiasa rasa khuatir. Ia boleh berlaku dalam bola sepak. Undang-undang jelas. Pengadil akan kekal tidak mengangkat bendera dan main mengikut wisel. Kejadian akan berlaku. Ini bukan satu-satunya masa ia akan berlaku."



Juara bertahan Liverpool tiba di Molinuex setelah mengalami enam kekalahan berturut-turut dalam tujuh perlawanan Liga Perdana sebelumnya.



Tetapi, keputusan ini menunjukkan mereka tidak harus dipinggirkan untuk mencabar tempat Liga Juara-Juara.



Sebahagian besar detik terbaik mereka datang menerusi pergerakan pintar Sadio Mane, dengan penyerang Senegal itu memiliki tiga peluang jaringan yang baik sebelum melakukan 'assist' bagi gol Jota.



"Segalanya mengenai keputusan," kata Klopp kepada Sky Sports. "Pertarungan besar. Sekiranya kami mahu tiga mata 'kotor', saya tidak masalah dengannya. Kami mempunyai detik yang sangat baik di mana kami sepatutnya beraksi dengan lebih baik. Dari sudut pertahanan, keseluruhan perlawanan sangat baik." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >