Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08

Juara belum sedia masuk gelanggang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (SPURS LWN MANCHESTER CITY

Juara belum sedia masuk gelanggang

Nasib berbeza sebelum Pep dan Nuno berentap di EPL
Aug 15, 2021 | 05:30 AM

LONDON: Liga Perdana England (EPL) membuka tirai musim ke-30 dengan Manchester City memulakan kempen itu selaku juara bertahan.

Namun begitu, mereka bakal berdepan cabaran yang hebat dalam usaha mereka mengekalkan mahkota.

Pasukan kendalian Pep Guardiola dinobat juara selepas mengakhiri musim dengan 28 perlawanan tanpa kalah dalam seluruh pertandingan - termasuk kemenangan 21 perlawanan liga sekali gus mengatasi musuh tradisi, Manchester United dengan 12 mata untuk menjulang piala.

Hanya empat pasukan, pada enam kesempatan sebelum ini, yang berjaya mempertahankan mahkota mereka pada musim berikutnya.

Manchester United, Arsenal dan Chelsea berjaya melakukannya, sementara City adalah pasukan terbaru yang mencapai kejayaan itu pada musim 2017-18 dan 2018-19.

Dalam satu wawancara bersama BBC Sport pada Mei lalu, Guardiola berkata: "Pada musim sebelumnya, Liverpool merupakan pasukan yang sukar untuk dibendung dan semua orang percaya mereka akan mengulangi prestasi mereka lagi.

"Namun ia menjadi satu pengajaran yang baik buat kami. Kami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa. Kami mungkin mempunyai pemain yang cedera atau mempunyai tempoh prestasi yang buruk...itulah sebabnya ia terus menjadi peringatan buat kita."

City bakal menghadapi permulaan yang sukar dalam musim terbaru EPL ini apabila mereka berdepan dengan beberapa pasukan yang pasti akan memberikan saingan sengit.

Mereka mengunjungi Tottenham Hotspurs malam ini sebelum menentang Norwich dan Arsenal di Stadium Etihad.

Selepas tempoh rehat bagi perlawanan antarabangsa, City kemudian akan ke Leicester dan selepas itu menantikan lawatan Southampton di padang sendiri.

Dua perlawanan berikutnya merupakan perlawanan yang getir - mereka bakal beraksi di padang lawan menentang Chelsea dan Liverpool.

Di atas kertas, jadual perlawanan City tampak padat dan mencabar, lebih-lebih lagi apabila mereka perlu berdepan dengan Chelsea dan Liverpool selepas aksi perlawanan Liga Juara-Juara.

Namun apa yang menjadikannya lebih membimbangkan ialah Man City akan melangkah masuk ke kempen ini dengan pemain yang belum cukup berehat dan bersedia. Dan mereka akur akan hal ini.

Sewaktu sidang media selepas kekalahan perlawanan Perisai Masyarakat di tangan Leicester minggu lalu, Guardiola memberi keterangan jujur tentang skuadnya menjelang musim baru EPL.

Beliau berkata hanya terdapat "tujuh atau lapan" pemain yang berlatih untuk pertama kalinya musim panas ini dan ramai di antara pemain yang terlibat dalam perlawanan menentang Leicester hanya mempunyai tiga sesi latihan.

Pemain utama seperti Kevin De Bruyne dan Phil Foden masih menjalani pemulihan ke atas kecederaan mereka yang dialami sewaktu pertandingan Euro, dan kedua-dua pemain ini mungkin tidak akan ditampilkan dalam perlawanan menentang Spurs.

"Kami akan berusaha sebaik mungkin meskipun tahu bahawa kami tidak akan berada di tahap yang terbaik," kata Guardiola mengenai permulaan musim EPL ini.

"Ia berlaku musim lalu ... kami tewas 2-5 di tangan Leicester.

"Sebelum tempoh rehat antarabangsa nanti kami ingin mengumpul sebanyak mungkin mata dan selepas itu, saya cukup yakin kami akan menjadi lebih baik."

City telah memperkuat lagi barisan serangan mereka yang kian dipenuhi bakat pemain hebat.

Baru-baru ini mereka membawa masuk pemain antarabangsa England, Jack Grealish dengan rekod £100 juta ($188 juta). Mereka mungkin akan memecahkan rekod bayaran itu lagi sekiranya mereka berjaya menyelesaikan perjanjian untuk mendapatkan penyerang Spurs, Harry Kane.

Meskipun begitu, pengurus Spurs Nuno Espirito Santo berkata beliau bersedia menampilkan penyerangnya itu pada perlawanan menentang City malam ini.

Kane, 28 tahun, yang ingin meninggalkan Spurs musim panas ini, kembali ke Hotspur Way pada Sabtu lalu, di tengah-tengah spekulasi tentang masa depannya bersama pasukan itu.

Ditanya mengenai ketersediaan Kane bagi perlawanan pembukaan mereka, Nuno berkata: "Semua pemain dalam skuad ini yang telah berlatih setiap hari menjadi pilihan untuk kami, dan kami akan membuat keputusan itu nanti."

Kane, yang telah menjaringkan 166 gol dalam 245 penampilan untuk Spurs, menandatangani kontrak enam tahun dengan pasukan London itu pada 2018, tetapi kegagalan kelab itu untuk merebut trofi utama telah menyebabkan pemain berkenaan mencari jalan keluar.

Di sebalik ketidakpastian pemain utama mereka itu, pasukan kendalian Nuno mengakhiri kempen pramusim mereka dengan cara terbaik selepas mengatasi musuh tradisi Arsenal dengan kemenangan 1-0.

Memerlukan kemenangan setelah seri 2-2 ketika perlawanan sebelumnya menentang Chelsea, kemenangan dan persembahan mereka ke atas Arsenal akan memberikan pasukan itu keyakinan dan semangat menjelang perlawanan menentang City nanti.

Bercakap selepas kemenangan ke atas Arsenal, pemain tengah Pierre-Emile Hojbjerg memberi perkembangan Spurs sambil berkata pasukan itu masih dalam tahap "membina" di bawah pengurusan Nuno.

Pemain antarabangsa Denmark itu menyatakan bahawa Spurs perlu meningkatkan konsistensi mereka setiap hari sekiranya mereka ingin terus maju.

"Saya telah berkata sebelum ini bahawa pasukan ini sungguh luar biasa. Kami perlu mengubah cara pemikiran dan juga kebolehan kami untuk kekal konsisten hari demi hari," katanya kepada Spurs TV.

"Kami sedang membangun, kami berusaha memperbaiki mutu persembahan kami setiap hari. Tentunya kami akan menjadi lebih baik dan kuat, namun buat masa ini masih banyak yang perlu dilakukan," - Agensi berita

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3