Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ANUGERAH SUKAN

Juara dunia badminton, Kean Yew, diiktiraf 'Atlet Terbaik ST'

Apr 30, 2022 | 05:30 AM



JAGUH badminton Singapura, Loh Kean Yew, yang mencatatkan namanya dalam buku sejarah selepas memenangi Kejuaraan Dunia tahun lalu, dinobatkan sebagai Atlet Terbaik The Straits Times (ST) bagi tahun 2021, semalam.



Biarpun cedera pada buku lali dan tapak kaki dalam pusingan-pusingan selanjutnya, pemain bukan pilihan Singapura itu menundukkan juara Olimpik Tokyo 2020, Viktor Axelsen, pemain nombor tiga dunia Anders Antonsen, dan para pemain kedudukan atas lain seperti Kantaphon Wangcharoen dan Kidambi Srikanth, dalam laluannya untuk ditabal sebagai juara dunia.



Beliau merupakan salah seorang daripada tujuh calon, angka tertinggi dalam sejarah anugerah tahunan itu yang bermula pada 2009 dan terus mendapat sokongan syarikat 100Plus.



Edisi tahun lalu tidak diadakan atas sebab pandemik Covid-19.



Loh, 24 tahun menerima anugerahnya semasa satu rancangan secara langsung yang dirakam dalam studio penyiaran ST, yang akan tersedia di pelbagai platform digital ST.



Loh memulakan tahun lalu dengan corak permainan yang tidak berbeza dan disusuli beberapa penyingkiran.



Namun beliau mengubah musimnya dengan cemerlang, memenangi Terbuka Belanda pada Oktober, Terbuka Hylo Jerman sebulan kemudian dan kejuaraan dunia di Huelva, Sepanyol, pada Disember.



Selain Loh, calon-calon lain bagi anugerah itu termasuk Yu Mengyu (tenis meja), Kimberly Lim dan Cecilia Low (kapal layar), Aloysius Yapp (pool), Max Maeder (papan luncur layang-layang), Yip Pin Xiu (para renang) dan Shayna Ng (bowling).



Loh yang kini dalam kedudukan ke-10 dunia berkata:



"Saya gembira yang saya memenanginya biar pun terdapat calon lain yang kuat.



"Saya fikir kita semua layak memenanginya kerana telah membuat pelbagai pengorbanan dan berhadapan dengan kesukaran kita sendiri.



"Kita semua telah melalui tekanan kita sendiri dan terpaksa mengatasi segalanya. Ia amat bermakna buat saya kerana ia juga (mengesahkan) pengorbanan dan kerja keras saya telah membuahkan hasil."



Para pemenang lalu termasuk dua perenang, Tao Li (2008) dan Quah Ting Wen (2009) selain pasukan tenis meja wanita negara (2010), pemain badminton Fu Mingtian (2011), penunggang kuda equestrian para Laurentia Tan (2012), pemain bola sepak Safuwan Baharudin (2013), perenang Joseph Schooling (2014, 2016), perenang para Yip Pin Xiu (2015), pemain tenis meja para Jason Chee (2017), pemain bowling Muhammad Jaris Goh (2018) dan atlet jiu-jitsu Constance Lien (2019).



Editor sukan ST, Cik Lee Yulin, yang mengetuai panel seramai lapan anggota bagi mengadili calon-calon anugerah tahun ini, berkata:



"Pasukan Singapura kembali cemerlang selepas terhenti akibat Covid-19, dan pencapaian mereka yang luas dan mendalam mencerminkan tujuh pencalonan yang diterima berbanding lima yang biasa diterima.



"Meskipun begitu, kemenangan Kean Yew begitu menyerlah.



"Pencapaiannya membuat ramai ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka bagi kelas-kelas badminton dan kenaikan penjualan raket dan bulu tangkis.



"Bagi saya itu bukti pencapaiannya menjadi inspirasi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >