Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN DUNIA PERSEKUTUAN BADMINTON DUNIA (WBF)

Juara dunia Loh Kean Yew tujukan kemenangan kepada rakyat S'pura

Dec 21, 2021 | 05:30 AM



LOH KEAN YEW - warga Singapura pertama menjadi juara badminton dunia - menujukan kemenangannya itu kepada rakyat Singapura.



Loh, 24 tahun, berkata pencapaianya itu sukar dipercayainya sendiri dan ia akan mendorongnya berusaha lebih gigih untuk menjadi atlet lebih baik.



Kelmarin, Loh, yang menduduki ranking ke-22 di dunia, menewaskan pemain nombor ke-14 dunia dari India, Srikanth Kidambi, dalam straight set 21-15, 22-20 di final Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (WBF) di Huelva, Sepanyol, untuk meraih gelaran dunia itu.



Mengulas mengenai kemenangan itu, Loh berkata beliau tidak berani mengimpikan gelaran juara dunia, dan turut mengucapkan tahniah kepada lawannya di final itu dan pemain lain yang ditewaskannya dalam laluan ke final.



Beliau menewaskan pemain India Prannoy H.S pada suku akhir dan Anders Antonsen dari Denmark pada separuh akhir Sabtu lalu.



Kesemua perlawanan itu dimenangi Loh walaupun berlawan dengan kecederaan buku lali yang dialami semasa menentang Prannoy - yang menyebabkannya tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda buat sementara.



"Perjalanan ini begitu hebat setakat ini dan ia hanya akan memberi saya dorongan untuk terus bekerja keras bagi menjadi atlet yang lebih baik.



"Saya tidak akan dapat meraih pencapaian ini tanpa bantuan pihak lain," ujar Loh, dengan rendah hati.



Selain mengucapkan taniah kepada Persatuan Badminton Singapura (SBA), Institut Sukan Singapura (SSI) dan penajanya, Li-Ning, Loh memberi penghargaan kepada jurulatih, rakan sepasukan dan pasukan sokongan yang lain.



"Terima kasih kerana yakin akan keupayaan saya dan kerana sentiasa hadir untuk menyokong saya.



"Ia adalah sesuatu yang amat bermakna bagi saya kerana saya tahu saya mempunyai sokongan hebat sepanjang perjalanan ini," ujar Loh, yang berkata beliau akan menikmati saat ini dan berehat sebelum memulakan persiapan bagi musim akan datang.



Semalam, ucapan selamat dan pujian bagi Loh datang bertubi-tubi daripada pelbagai pihak di media sosial, termasuk daripada kalangan masyarakat sukan dan pemimpin Singapura.



Presiden Halimah Yacob berkata pencapaian Loh juga adalah kerana sokongan yang diberikan kepada beliau oleh SBA, terutama presiden SBA, Encik Lawrence Loh, walaupun dalam keadaan mencabar bagi kededua atlet dan SBA sejak dua tahun lalu.



Ini selain sokongan yang diterima daripada penderma, kata Puan Halimah.



"Ada pepatah yang berkata seluruh kampung harus bekerjasama untuk mendewasakan seorang kanak-kanak. Serupa dengan ini, sebuah ekosistem juga diperlukan untuk memberi sokongan kepada seorang juara," kata beliau.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sport Singapore, Encik Lim Teck Yin berkata beliau telah menyaksikan final dengan hati penuh debaran.



"Adakah kita percaya kita akan melahirkan seorang juara dunia dalam badminton? Sudah tentu beliau (Kean Yew) yakin dan beliau telah berusaha gigih untuk mencapai impian ini. Amat membanggakan," kata beliau.




Syabas Kean Yew! Kemenangan anda adalah hadiah akhir tahun yang sangat hebat kepada warga Singapura. Ia menyemarak semangat kita dan mengingatkan kita tiada apa yang mustahil jika kita melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh dan dengan sepenuh hati.
- Presiden Halimah Yacob.



Tahniah kepada Loh Kean Yew kerana memenangi pingat emas di Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Huelva, Sepanyol. Beliau warga Singapura pertama memenangi pingat di kejohanan itu. Syabas Kean Yew! Anda membanggakan Singapura. Kini kami menanti kejayaan anda yang selanjutnya!
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Juara dunia kita! Kemenangan pertama bagi Singapura! Cara perlawanan yang begitu perkasa. Permainan menakjubkan. Smash berkuasa, permainan di jaring yang cermat... begitu kuat semangat mentalnya. Satu usaha yang hebat, Loh Kean Yew!
- Encik Edwin Tong, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.



Saya amat berbangga kerana kita telah melahirkan juara badminton dunia dalam bentuk Loh Kean Yew. Singapura adalah negara kecil yang mungkin tidak akan tampil secara ketara dan konsisten sebagai pemenang pingat dalam kejohanan sukan antarabangsa. Namun, pencapaian ini adalah satu lagi contoh pencapaian yang boleh diraih oleh negara kecil ini.
- Encik Ong Ye Kung, Menteri Kesihatan.



Kami menyaksikan perlawanan itu dengan penuh berdebar-debar dan beliau memberikan keputusan yang diharapkan. Tahniah Loh Kean Yew dan Persatuan Badminton Singapua. Apakah kita percaya kita akan melahirkan seorang juara dunia dalam badminton? Sudah tentu beliau (Kean Yew) yakin dan beliau telah berusaha gigih untuk mencapai impian ini. Amat membanggakan.
- Encik Lim Teck Yin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sport Singapore.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >