Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Juara La Liga, finalis Liga Juara-Juara tapi Ancelotti tak pasti kekal di Real?

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

TOKOH SUKAN DALAM TUMPUAN

Juara La Liga, finalis Liga Juara-Juara tapi Ancelotti tak pasti kekal di Real?

May 09, 2022 | 05:30 AM

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, mengukir sejarah dalam kerjayanya selepas membantu Real merangkul kejuaraan La Liga buat kali ke-35 selepas membelasah Espanyol di Santiago Barnabeu.

Bukan setakat itu, warga Italy itu masih berpeluang merebut kejuaraan Liga Juara-Juara keempat sebagai jurulatih musim ini selepas mengalahkan Manchester City dalam masa tambahan separuh akhir kedua awal minggu ini.

Ancelotti merupakan jurulatih pertama yang telah memenangi lima liga terulung Eropah, dan jika Real muncul juara Liga Juara-Juara kali ini, beliau akan ditabal sebagai pengurus yang paling banyak memenangi pertandingan elit Eropah.

Namun, masa depan jurulatih berusia 62 tahun itu menjadi tanda tanya musim ini, meskipun masih terdapat tempoh dua tahun sebelum kontraknya tamat dan beliau pernah mengutarakan bahawa beliau mungkin bersara selepas tempohnya tamat di Real Madrid.

"Selepas tahap ini, saya rasa saya akan bersara," katanya kepada Amazon Prime.

"Namun, jika Real Madrid ingin saya kekal di sini lagi 10 tahun, saya akan kekal di sini selama 10 tahun.

"Saya ingin meluangkan masa bersama cucu-cucu saya, pergi bercuti dengan isteri saya. Banyak lagi perkara yang saya ingin lakukan yang telah ditangguhkan sebelum ini- termasuk untuk ke banyak tempat yang saya belum kunjungi.

"Saya belum pernah ke Australia. Saya belum pernah ke Rio de Janeiro. Saya ingin mengunjungi kakak saya lebih kerap. Malangnya, tidak semua yang dapat dilakukan, jadi jika saya bersara, inilah yang akan saya lakukan."

Namun, Ancelotti juga menyentuh tentang peluang untuk menguruskan pasukan nasional Canada: "Mungkin bukan untuk Piala Dunia kali ini. Mungkin Piala Dunia 2026? Kalau diberikan peluang, saya bersedia melakukannya."

Selepas tempohnya sebagai pemain tamat, Ancelotti memulakan kerjayanya sebagai jurulatih di Reggiana pada 1995 dan sejak itu telah menjadi pengurus Parma, Juventus, AC Milan, Chelsea, PSG, Bayern Munich, Napoli dan Everton serta dua kali mengendalikan Real Madrid.

Bekas pemain tengah Real, Guti, yakin bahawa keputusan sudah pun dibuat untuk Ancelotti kekal di Real bagi tempoh seterusnya.

Pep Guardiola pengurus Manchester City yang kalah di tangan Ancelotti dalam separuh akhir Liga Juara-Juara, dan telah beberapa kali berdepan dengan pengurus veteran itu berkata beliau kagum dengan Ancelotti.

"Beliau telah berkhidmat seluruh dunia, dan selalunya akan melakukan tugas yang baik dan aksi bola sepaknya sentiasa baik," kata Guardiola.

"Beliau tahu apa yang perlu dilakukan dan selain itu memang seorang individu yang luar biasa. Saya amat bertuah berpeluang bertemu dengannya beberapa tahun lalu dan beliau seorang yang tenang dan mengawal emosinya," katanya.

Ancelotti telah memenangi Liga Juara-Juara semasa tempoh kontrak pertamanya dengan Real, serta dua kali dengan AC Milan, dan pasukannya sudah pun memaparkan kebolehan sekali lagi dengan berjaya ke final menentang Liverpool. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3