Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Juara muda Terbuka AS mengecewakan

Nov 11, 2021 | 05:30 AM



LINZ (AUSTRIA): Penampilan juara Terbuka Amerika Syarikat, Emma Raducanu, berakhir sudah setelah beliau tewas dalam perlawanan pembukaannya dalam pertandingan Upper Austria Ladies.



Raducanu, 18 tahun, tewas 6-1 6-7 (0-7) 7-5 di tangan pemain China, Wang Xinyu.



Pada masa yang sama, pemain remaja itu juga mengesahkan, Torben Beltz, sebagai jurulatihnya yang baru.



Sementara itu, Wang, 20 tahun, yang menduduki tangga ke-106 dalam ranking pemain tenis wanita, bermain dengan cemerlang, untuk menimpakan kekalahan kedua berturut-turut bagi Raducanu.



Pemain nombor satu Britain itu bagaimanapun dihambat kecederaan, yang dialaminya dalam babak-babak akhir perlawanan.



Selain kecederaan itu, Raducanu juga baru pulih daripada sakit.



"Memandangkan minggu lalu, di mana saya jatuh sakit dan kemudian mengalami sedikit kecederaan yang semakin teruk semasa perlawanan, saya boleh berpuas hati dengan persembahan saya.



"Ia merupakan perlawanan berintensiti tinggi, dan akhirnya ia terlalu tinggi untuk tubuh saya," katanya.



Mengulas mengenai Beltz, jurulatih berusia 44 tahun yang pernah menjadi jurulatih kepada bekas pemain nombor satu dunia, Angelique Kerber, Raducanu berkata beliau akan mula berlatih di bawah jurulatih itu pada akhir bulan ini.



"Ia adalah sesuatu yang menakjubkan untuk berlatih dengan seorang jurulatih yang berpengalaman seperti beliau. Saya ghairah sekali dan rasa positif mengenai semua ini," katanya lagi. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >