Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI SUKAN

Juara Olimpik diseludup masuk ke Britain semasa kecil

Jul 13, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Bekas juara Sukan Olimpik Mo Farah, dalam satu artikel yang diterbitkan kelmarin, mendedahkan bahawa beliau dibawa masuk ke Britain secara haram menggunakan nama seorang lagi kanak-kanak yang bertugas sebagai pembantu rumah.



Farah memberitahu BBC bahawa beliau diberikan nama Mohamed Farah oleh seorang wanita yang membawanya ke UK dari negara timur Afrika, Djibouti, pada usianya sembilan tahun.



Farah, 39 tahun, yang mana bapanya dibunuh di Somalia ketika usianya empat tahun, berkata nama sebenarnya ialah Hussein Abdi Kahin dan mengakui beliau diminta menjaga anak-anak keluarga lain di Britain.



"Sebenarnya, saya tidak tahu siapa diri saya," katanya sebagai sebahagian dokumentari yang bakal ditayangkan hari ini.



"Ramai yang mengenali saya sebagai Mo Farah, tapi ia bukan nama saya atau itu bukan realitinya.



"Kisah sebenar adalah saya dilahirkan di Somaliland, bahagian utara Somalia, sebagai Abdi Kahin. Walau apa yang saya katakan pada masa lalu, ibu bapa saya tidak pernah tinggal di UK.



"Semasa saya empat tahun, bapa saya meninggal dunia dalam perang saudara. Kami sekeluarga berpecah-belah.



"Saya terpisah daripada ibu saya, dan saya dibawa ke UK secara haram menggunakan nama budak lain bernama Mohamed Farah."



Farah, menjadi atlet balapan dan padang pertama Britain untuk menang empat emas Sukan Olimpik, berkata anak-anaknya mendorong beliau untuk berterus-terang mengenai kisah silamnya.



"Saya telah menyimpannya sekian lama. Ia sukar kerana anda tidak mahu menghadapinya dan anak-anak saya kerap bertanya soalan, 'Ayah, kenapa begini?' Dan anda sentiasa ada jawapan untuk segala-galanya, tapi anda tidak mempunyai jawapan untuk soalan itu," katanya.



"Itulah sebab utama saya menceritakan kisah saya kerana saya mahu rasa normal dan tidak seperti berpegang pada sesuatu."



Isteri Farah, Tania berkata menjelang majlis perkahwinan mereka pada 2010, beliau menyedari bahawa "terdapat banyak bahagian yang hilang dalam kisah hidup" Farah.



Tetapi, beliau akhirnya "memaksanya untuk memberi jawapan" dan Farah memberitahu perkara sebenar.



Semasa program televisyen itu, Farah berkata beliau fikir beliau ke Eropah untuk tinggal bersama saudara-mara dan teringat kembali ketika melepasi pemeriksaan pasport di UK menyamar sebagai Mohamed pada usia sembilan tahun.



"Saya ada semua butiran kontak untuk saudara saya dan sebaik kami tiba di rumahnya, wanita itu menanggalkannya dan mengoyakkannya betul-betul di depan saya dan meletakkannya di dalam tong sampah dan pada ketika itu saya tahu saya dalam bahaya, " katanya.



Farah akhirnya memberitahu guru pendidikan jasmaninya, Alan Watkinson kisah sebenar dan berpindah untuk tinggal bersama ibu rakannya, Kinsi, yang "menjaganya dengan baik". Beliau tinggal bersama mereka selama tujuh tahun.



Watkinson memohon kerakyatan British untuk Farah, yang disifatkan sebagai "proses yang panjang" dan pada 25 Julai 2000, Farah bergelar warga British.



Farah, yang menamakan anaknya Hussein, mengikut nama sebenarnya, berkata: "Saya sering memikirkan Mohamed Farah yang lain, budak lelaki yang saya ambil tempatnya di dalam pesawat itu dan saya sangat berharap dia baik-baik saja.



"Di mana saja dia berada, saya membawa namanya dan itu boleh menyebabkan masalah untuk saya sekeluarga sekarang.



"Yang penting adalah untuk saya melihat perkara yang berlaku ini dan benar-benar bersikap jujur mengenainya." - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >