Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Juara silat dunia Sheik Farhan dalam senarai cemerlang 'Forbes 30 Under 30 Asia'

Apr 22, 2021 | 01:05 AM



AWALNYA, pesilat Sheik Farhan Sheik Alauddin menyangka ada kesilapan tatkala menerima pesanan seorang wartawan bahawa namanya disenaraikan dalam senarai belia cemerlang Asia, 'Forbes 30 Under 30', yang dikumpulkan majalah bisnes terbilang sedunia itu.



Pemuda 23 tahun itu payah mempercayainya dan menyangka kekeliruan wujud sebab pada Disember tahun lalu, beliau pernah muncul dalam pakej berita belia yang dijangka berpotensi tinggi, 'Young Singaporeans to Watch' di dalam akhbar The Straits Times.



"Selepas itu, saya pun 'Google' nama saya dan sejujurnya terkejut terlihat nama saya di laman Forbes. Tapi tentunya, saya gembira diiktiraf," jelas Farhan, anak juara silat sedunia sebanyak dua kali, Sheik Alauddin dalam wawancara The Straits Times.



Senarai Forbes itu terdiri daripada 10 kategori dengan Farhan disenaraikan sebagai antara 30 nama dalam kategori hiburan dan sukan. Senarai Asia mengiktiraf usahawan, saintis, aktivis dan pemimpin muda di bawah 30 tahun di benua ini.



Dalam catatan di laman Forbes, Farhan diiktiraf sebagai anak muda cemerlang yang sudah tiga kali dinobatkan sebagai juara silat dunia. Beliau juga pernah memenangi pingat emas di Kejuaraan Asia 2019 di China. Farhan adalah pesilat pertama yang disenaraikan dalam senarai Asia 'Forbes 30 under 30'  yang mula diketengahkan pada 2016.



Beliau berada dalam senarai seiringan dengan olahragawan lain seperti pemandu Thai-Britain Alex Albon yang baru-baru ini berlumba dalam Formula Satu bersama Toro Rosso dan Red Bull - serta pemain tenis meja wanita terhebat Chen Meng dari China.



Farhan yang tamat Perkhidmatan Negara dua minggu lalu berharap penyertaannya dalam senarai Forbes ini akan membantu seni silat memancing peminat baru.



"Mudah-mudahan, menerusi pengiktirafan ini, lebih ramai orang akan berminat dengan silat atau sekurang-kurangnya ambil tahu mengenainya. Saya merasakan pengiktirafan ini lebih buat sukan silat bukan buat saya. Saya hanyalah wajah di sebalik seni silat," jelasnya merendah hati.



Senarai tahunan 'Forbes Under 30' itu dimulakan pada 2011 dengan senarai khusus buat individu Asia menyusuli lima tahun selepas itu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >