Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Juara SPL, Lion City Sailors, mahu bina stadium sendiri

Nov 24, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN Liga Perdana Singapura (SPL) Lion City Sailors difahami sedang berbincang dengan pihak berkuasa dan sektor privet untuk membina stadium sendiri di Singapura.



Jika rancangan mereka menjadi, kelab bola sepak itu - yang menjuarai SPL musim ini - akan memiliki stadium pertama yang tidak dibina atau dimiliki pemerintah.



Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times (ST), pegawai eksekutif Sailors, Chew Chun-Liang, berkata menerusi satu kenyataan:



"Wawasan kami adalah untuk mencapai kecemerlangan di Singapura dan di luar negara, dan untuk menyemarak semula cinta bagi permainan domestik dan membuka peluang bola sepak generasi seterusnya di Singapura menaruh impian berjaya di luar negara."



Menambah, beliau berkata satu faktor penting untuk meyakinkan warga Singapura untuk menganggap bola sepak sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi ialah dengan sikap dan pendekatan profesional.



"Bagi mencapai matlamat itu, kami sedang mengadakan perbincangan dengan rakan kongsi dari sektor privet dan awam untuk meneroka beberapa kemungkinan yang boleh mempercepat pembangunan secara profesional dan dari segi kecemerlangan bola sepak, sementara membakar impian warga Singapura," ujar Chew, sambil menambah bahawa ini adalah satu usaha berterusan.



"Mendapatkan kemudahan adalah sebahagian usaha ini dan pada masa ini, kami sedang dalam proses membina pusat latihan bola sepak bersepadu yang pertama di Singapura di Mattar Road. Kami sedang memberi tumpuan untuk memastikan kami mempunyai hadwe dan sofwe yang diperlukan untuk memastikan kami membentuk platform yang sesuai bagi diri sendiri sedang kami membuat rancangan bagi masa depan."



Kelab itu tidak berkongsi lebih lanjut mengenai stadium yang sedang dirancang itu, tetapi adalah difahamkan ia akan dibina bagi menampung lebih ramai penonton berbanding Stadium Bishan atau Stadium Jalan Besar, yang masing-masing boleh memuatkan 3,500 dan 6,000 orang.



Buat masa ini, Sailors berpangkalan di Stadium Bishan - yang sebelum ini menjadi 'rumah sendiri' Home United - nama asalnya sebelum ditukar Sailors dua musim lalu.



Pada musim lalu, ia menjadikan Stadium Jalan Besar sebagai pangkalannya dan terpaksa berkongsi dengan sebuah lagi kelab SPL iaitu Young Lions, kerana padang di Stadium Bishan diperbaiki.



Stadium baru itu, yang belum diketahui lokasinya, menunjukkan komitmen Sailor untuk mencapai impian menjadi antara kelab terkemuka di Asia.



Kelab itu disokong oleh syarikat teknologi gergasi SEA - yang dimiliki jutawan setempat Forrest Li - dan dijadikan privet pada Februari 2020.



April lalu, kelab itu mengadakan acara pecah tanah bagi pembinaan pusat latihan bernilai $10 juta.



Ia menjulang kejuaraan SPL buat julung-julung kali musim ini. Itu juga adalah kejuaraan liga pertama yang dimenangi kelab setempat dalam enam musim berturut-turut. Sebelum 2020, dua kelab asing Albirex Niigata dan Brunei DPPMS telah menjulang trofi liga.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >