Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI SUKAN

Juara 'Super Bowl' 7 kali, Tom Brady, tak jadi bersara

Mar 15, 2022 | 05:30 AM



MIAMI: Juara tujuh kali Super Bowl, Tom Brady (gambar), kelmarin berkata beliau telah mengubah fikirannya mengenai persaraan dan akan kembali beraksi dalam Liga Bola Sepak Nasional (NFL) Amerika Syarikat musim depan bersama pasukan Tampa Bay Buccaneers.



Brady memenangi enam gelaran juara dalam 20 musim bersama New England Patriots, sebelum berpindah ke Bucs pada 2020 dan membantu mereka menjulang kejuaraan.



Namun, Tampa Bay tewas kepada juara Los Angeles Rams Januari lalu dalam perlawanan play-off, dengan Brady mengumumkan persaraannya bulan lalu.



Kini bintang quarterback itu, yang akan menyambut hari jadinya yang ke-45 Ogos ini, berkata beliau ingin sekurang-kurangnya satu lagi peluang untuk menang kejuaraan.



"Dalam dua bulan lalu ini, saya menyedari tempat saya masih di atas padang dan bukan di tempat duduk penonton," kata Brady dalam satu pos di media sosial.



"Masa itu (persaraan) akan tiba. Tapi ia bukan sekarang.



"Saya sayang rakan sepasukan saya dan saya sayang keluarga saya yang banyak memberi sokongan. Tanpa mereka, semuanya tidak akan berlaku. Saya memutuskan untuk kembali bagi musim ke-23 di Tampa.



"Kami ada urusan yang belum selesai."



Buccaneers turut memuatnaik video mengenai Brady di Twitter dengan mesej: "Dia kembali". - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >