Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumlah penonton bagi Liga Perdana SG dinaikkan

Mar 19, 2022 | 5:30 AM
b85cc6c5-9730-4e6f-a0a7-63b67937b9ed
-

BILANGAN penonton yang dibenarkan hadir di perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) dinaikkan daripada had yang ditetapkan sebelumnya, umum Persatuan Bola Sepak (FAS) kelmarin.

Sejak Ogos tahun lalu, perlawanan SPL hanya dibenarkan memuatkan sehingga 1,000 penonton, yang sudah divaksin sepenuhnya.

Hadnya kini dinaikkan kepada 50 peratus kapasiti setiap stadium, mengikut garis panduan yang diumumkan Sport Singapore (SportSG) pada 13 Mac lalu ketika pemerintah memperkemaskan langkah pengurusan selamat.

Ini bermakna Stadium Jalan Besar, yang menjadi padang sendiri juara bertahan Lion City Sailors dan skuad pembangunan Singa Muda, boleh menampung 3,000 penyokong, manakala Our Tampines Hub, yang digunakan Geylang International dan Tampines Rovers, dapat membenarkan masuk 2,500 orang.

Stadium Jurong East, yang dikongsi Albirex Niigata dan Tanjong Pagar United, Stadium Hougang (Hougang United) dan Stadium Toa Payoh (Balestier Khalsa) masing-masing dibenar menerima sehingga 1,500 peminat.

Langkah ini berkuatkuasa sejak semalam, apabila Sailors berdepan Albirex di Jurong East sementara Tampines menyambut kedatangan Hougang di Our Tampines Hub.

Walaupun jarak sosial tidak lagi diperlukan, pemakaian pelitup akan terus diwajibkan pada setiap masa dan penonton perlu divaksin sepenuhnya untuk masuk.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg