Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET JADI TUMPUAN

Foden bintang City sekarang dan masa depan

May 10, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Dengan namanya yang semakin meningkat, Phil Foden tidak perlu diumumkan secara rasmi sebagai pemain Manchester City.



Kualiti yang dipamerkan sebagai seorang pemain remaja dan kepentingannya untuk masa depan kelab itu tidak pernah diragukan.



Bakatnya mula mendapat perhatian ketika perlawanan Piala Carabao musim lalu yang menyaksikan City menumpaskan Aston Villa 2-1 sebelum semua kegiatani sukan di England ditangguhkan dek penularan Covid-19.



Ketika England bangkit semula daripada pandemik ini, Foden sekali lagi menggunakan pentas final Piala Carabao untuk menunjukkan potensi sebenarnya.



Apa yang menakjubkan, meskipun baru berusia 20 tahun, ini adalah trofi utama ketujuh yang dimilikinya - empat Piala Liga, dua gelaran juara Liga Perdana England (EPL) dan satu kejayaan Piala FA.



Beliau bukan sahaja menjadi sebahagian daripada kejayaan City, malah pemain yang membuat penampilan sulungnya bersama skuad utama City pada 2017, sekali lagi memainkan peranan utama dalam membantu kelab itu mempertahankan Piala Carabao di hadapan sekitar 8,000 penonton - termasuk 2,000 penyokong City - yang menyaksikan perlawanan akhir itu di dalam stadium Wembley.



TUNGGAK PASUKAN



Manchester City wajar dinobat juara pertandingan ini buat kali keempat berturut-turut selepas menguasai perlawanan dari mula dan memaksa Tottenham Hotspur untuk terus bertahan selama 82 minit.



Namun, benteng pertahanan Spurs rapuh apabila Aymeric Laporte berjaya menanduk masuk hantaran dari sepakan percuma Kevin de Bruyne sekali gus memastikan kemenangan Manchester City.



Spurs bersungguh-sungguh mempertikaikan keputusan pengadil selepas membenarkan Laporte terus beraksi di padang dan gagal melayangkan kad kuning kepada pemain pertahanan itu selepas beliau mengasari Lucas Moura pada separuh masa pertama sebelum diberi amaran kerana sekali lagi mengasari Moura pada babak kedua.



Namun, hakikatnya Spurs bernasib baik kerana mampu bertahan sepanjang 82 minit kerana Foden sekali lagi menjadi tunggak utama pasukan yang berada di tengah-tengah setiap serangan terbaik City.



Pengurus City, Pep Guardiola menurunkan kesebelasan tanpa penyerang yang jelas dan pasukannya membazirkan banyak peluang keemasan.



Foden sering memberikan ancaman, dengan mencipta beberapa peluang jaringan, bersama dengan Riyad Mahrez yang turut mempamerkan persembahan yang baik.



Satu-satunya yang mengaburi persembahan cemerlang ini adalah jaringan gol.



Dengan sentuhan, visi dan keupayaannya untuk mengatasi sebarang cabaran dan percubaan membantutkan gerakannya, Foden memukau mereka yang menyaksikan persembahannya.



Oleh itu tidak mengejutkan apabila beliau didakap erat oleh Guardiola selepas tamat perlawanan.



Sumbangan Foden ke atas kejayaan City sejak kebelakangan ini memang tidak ternilai dan khidmat beliau penting dalam menentukan kejayaan masa depan kelab tersebut - bermula dengan perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara kedua menentang Paris St-Germain Rabu lalu. City berjaya mara ke final Liga-liga Juara selepas menepis cabaran PSG 2-0 (agregat 4-1). Foden seperti dijangka terus cemerlang dengan merintis gol kedua City dengan 'hantaran maut' kepada Riyad Mahrez untuk menjaringkan gol kedua City.



Sebelum ini Foden juga merupakan pemain yang membantu City bangkit mengatasi cabaran Borussia Dortmund dalam dua perlawanan peringkat suku akhir Liga Juara-Juara apabila beliau menjaringkan gol kemenangan di Stadium Etihad dan juga di padang lawan.



PERMATA MANCHESTER CITY



Guardiola telah menangani situasi Foden dengan sebaik mungkin, mengawasi setiap perkembangan pemain itu meskipun terdapat suara-suara yang mendakwa bahawa beliau bahkan mungkin menyekat perkembangan bakat mentah ini.



Walaupun tidak diturunkan secara kerap, penglibatan Foden selama ini telah menyaksikan beliau menjaringkan 29 gol dan membantu mencipta 21 peluang gol dalam 118 penampilan untuk kelabnya.



Dengan bakatnya, Foden dianggap sebagai pemain muda yang mampu mempunyai masa depan cemerlang dan tanpa sebarang keraguan, Foden telahpun menunjukkan bahawa beliau mempunyai keupayaan untuk mencapai tahap tertinggi.



Jika Foden meneruskan prestasinya ini, ia akan menyukarkan lagi tugas pengurus pasukan England, Gareth Southgate, dalam membuat pemilihan skuadnya bagi kejuaraan Euro 2020 yang ditangguhkan kepada tahun ini.



Foden telah membuktikan kepada City dan England bahawa beliau mampu beraksi dalam perlawanan besar yang penting, sekali gus mencerminkan ciri seorang pemain yang akan cemerlang dalam kejohanan antarabangsa musim panas ini.



Tanpa berfikir panjang, Guardiola akan meletakkan kepercayaannya ke atas bintang mudanya itu.



Bagi memastikan kempen Euro 2020 England - yang bermula 13 Jun ini - berjalan dengan lancar, mungkin Southgate juga perlu mula meletakkan kepercayaan beliau kepada kemampuan Foden, setelah pasukannya dianggap sebagai salah satu pasukan pilihan (favorit).



Foden merupakan pemain untuk semua cabaran - dan tidak ada keraguan beliau akan menjadi pemain penting ketika City berusaha untuk menambah piala Liga Juara-Juara selepas kejayaan Piala Carabao dan besar kemungkinan takhta EPL.



Bagaimanapun Foden yang diturunkan menggantikan Torres pada minit ke-71 gagal memastikan Manchester City jadi juara EPL awal pagi semalam selepas kalah mengejut 1-2 di tangan Chelsea. Kini Manchester City perlu menanti lebih lama sebelum jadi juara seperti yang dijangka. Ini juga bererti Foden turut menanti piala kelapannya. - Agensi berita




GOL-GOL FODEN



Penampilan sulung untuk City (debut) 2017



Walaupun tidak diturunkan secara kerap, penglibatan Foden selama ini telah menyaksikan beliau menjaringkan 29 gol dan membantu mencipta 21 peluang gol dalam 118 penampilan untuk kelabnya.



GOL MUSIM 2020/2021



Liga Perdana: 7 gol



(25 perlawanan)



Liga juara-juara 3 gol



(11 perlawanan)



Piala Liga 2 gol



(4 perlawanan)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >