Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK INGGERIS

Jurgen Klopp tidak akan tinggalkan Liverpool

Jan 18, 2023 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata yang beliau tidak akan meninggalkan kelab tersebut melainkan dipaksa berbuat demikian, dan memberi bayangan bahawa akan terdapat perubahan di Anfield semasa musim panas akan datang.



Komen warga Jerman itu timbul di sebalik persembahan kurang memberangsangkan pasukannya, yang kini berada di kedudukan kesembilan dalam Liga Perdana England (EPL) dan 10 mata daripada empat tempat teratas.



"Mungkin perubahan kepada kedudukan pengurus atau banyak perkara lain yang akan diubah.



"Sejauh ini, selagi tiada siapa beritahu saya apa-apa, saya tidak akan pergi," kata Klopp.



Beliau menambah:



"Maka ini bermakna mungkin timbul masanya di mana kita akan perlu mengubah perkara lain.



"Kita akan perhatikan dahulu, tapi pada masa akan datang pasti ada perubahannya.



"Mungkin semasa musim panas. Bukan sekarang.



"Saya mempunyai ruang dan masa untuk fikirkannya lagi. Kita perlu bermain bola sepak dengan lebih baik buat masa ini," ujarnya.



Klopp menekankan kemungkinan tiada lagi pemain baru yang akan menyusul sertai pasukan itu selepas penyerang asal Belanda, Cody Gakpo, sertai Liverpool bulan ini.



Sementara itu tiga pemain, James Milner, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain akan kehabisan kontrak semasa musim panas ini berserta penyerang mereka, Roberto Firmino.



Beliau akui ramai pemain tengahnya seolah-olah sudah capai kemuncak mereka atau tidak bermain mengikut kebolehan mereka, dan ada yang mempunyai kontrak yang bakal berakhir tidak lama lagi dan mungkin tidak berikan yang terbaik buat kelab.



Sabtu lalu, Liverpool tunduk kepada Brighton 3-0 selepas apa yang disifatkan Klopp sebagai persembahan paling malap oleh pasukan pimpinannya itu, dan berkata yang pasukannya itu perlu "kembali ke peringkat asas" untuk memperbaiki persembahan mereka.



Mereka akan berhadapan Wolves dalam perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA, dan beliau nafikan dirinya bukan yang "setia kepada sesetengah pemain sahaja".



"Saya pernah dengar berita angin itu dan saya bukan begitu orangnya.



"Saya memang setia. Saya fikir semua orang perlu setia, tapi saya bukan terlalu setia."



Beliau menambah:



"Masalahnya kompleks. Anda mempunyai seorang pemain berbakat yang lakukan banyak perkara pada masa lalu dan dalam minda anda mungkin itu sahaja daripadanya.



"Jika anda dapat bawa masuk pemain gantian lain itu beri makna.



"Jika tidak anda tidak boleh keluarkan sesiapa. Itulah situasinya," ujarnya lagi.



Sepanjang 21 daripada 35 perlawanan Liverpool, gawang pasukan itu lolos untuk gol pertama dalam setiap perlawanan itu.



Dan sejak Oktober lalu gawang mereka memang sentiasa dibolosi.



Meskipun begitu ia tidak bermakna para pemain telah henti daripada mendengar kata-katanya.



Menurut Klopp pasukan yang hampir menjuarai empat piala musim lalu kini berhadapan masalah sukar menjaringkan gol dan sukar memberi kejutan kepada pihak lawan.



"Memang banyak perkara yang membuat pasukan tidak bermain baik dan salah satu daripadanya adalah pemain tidak lagi dengar akan kata-kata jurulatih.



"Di Jerman kita katakan bahawa pengurus tidak lagi "mendekati" para pemain.



"Kadang kala ia begitu dan kadang kala bukan.



"Semua orang rasa bertanggungjawab dan tiada siapa yang duduk lalu berfikir bahawa mereka okey okey sahaja," kata Klopp. - Agensi berita.



BOLA SEPAK INGGERIS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >