Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Jurulatih Albirex, Shigetomi ingin salur stres ke arah usaha rebut piala

Dec 05, 2020 | 05:30 AM



MUNGKIN terdapat halangan bahasa sewaktu berbicara dengannya, mahupun sikapnya yang 'introvert', namun Keiji Shigetomi merupakan seorang yang cuba elak dari membuat kenyataan yang berlebih-lebihan.



Walaupun begitu, jurulatih Albirex Niigata yang biasanya jarang bercakap, akur bahawa tugasnya dalam mengendalikan kelab Jepun itu datang dengan harapan yang tinggi.



Menerusi seorang penterjemah, beliau memberitahu akhbar The Straits Times:



"Albirex telah meraih kejayaan sejak beberapa tahun yang lalu, jadi terdapat tekanan untuk menjadi juara liga. Ia sama pada 2019 dan tahun ini, dan saya amat berterima kasih kepada pihak pengurusan kelab ini atas sokongan mereka."



Ternyata tekanan itu dapat dirasakannya oleh kerana sebelum ini Albirex pernah dinobat juara Liga Perdana Singapura (SPL) sebanyak tiga kali berturut-turut pada 2016 hingga 2018 - dengan kelab yang dikenali dengan gelaran White Swans itu juga pernah mencipta rekod tanpa kalah untuk semusim.



Namun setelah Shigetomi mengambil alih daripada Kazuaki Yoshinaga pada 2019, kelab tersebut gagal mengecap kejayaan yang sama dan hanya mampu meraih tempat keempat pada musim itu.



Bagaimanapun, Shigetomi, 41 tahun, masih mempunyai peluang untuk mengikut jejak jurulatih sebelumnya dengan menjadi juara liga jika pasukannya berjaya mengatasi Hougang United pada perlawanan penutup musim hari ini



Albirex mendahului liga dengan 29 mata, satu mata di hadapan Tampines Rovers yang akan menentang Geylang International.



Pengurus Albirex, Koh Mui Tee menjelaskan bahawa kelab itu masih menaruh harapan dan mempunyai keyakinan terhadap Shigetomi walaupun persembahan mereka bukan apa yang dijangkakan.



Beliau berkata: "Terdapat beberapa faktor utama seperti pengubahan pada peraturan yang memerlukan kita menampilkan dua pemain tempatan pada separuh masa pertama.



"Kami telah mengenali Shigetomi buat sekian lamanya dan ingin memberikan seorang jurulatih baru masa untuk berkembang."



Shigetomi pernah bermain bola sepak ketika di bangku sekolah, tetapi ia merupakan aspek taktikal tentang sukan ini yang memberinya kelebihan sebelum menjadi jurulatih di sebuah kelab tempatan di Jepun, Oshu Soccer Club, pada usia 20 tahun.



Beliau kemudian menjadi jurulatih untuk pasukan beliau Sanfrecce Hiroshima sebelum diundang oleh pengerusi Albirex, Daisuke Korenaga untuk menyertai Sekolah Bola Sepak Albirex Niigata di Singapura pada 2014.



Pada 2018, Shigetomi kemudian meluahkan hasrat untuk melibatkan diri dalam pasukan senior dan dilantik sebagai pembantu jurulatih Yoshinaga.



Beliau berkata: "Saya banyak belajar dari Yoshinaga dari segi taktik dan pengurusan pemain. Apabila saya mengambil alih, saya menerapkan apa yang telah saya pelajari dan menambah ciri permainan saya sendiri iaitu menekan dan menyerang bola."



Menyentuh tentang peluangnya merangkul gelaran juara tahun ini, Shigetomi berkata:



"Kami akan lakukan yang sama apabila menentang Hougang. Mereka mungkin tanpa pemain import mereka, tetapi mereka masih mempunyai ramai pemain hebat seperti Shawal Anuar, Shahfiq Ghani dan Anders Aplin, dan kami tidak akan memandang remeh kekuatan mereka.



"Ia menjadi satu penghormatan besar jika kami dapat memenangi SPL dengan kumpulan ini, namun apa yang penting sekarang adalah kami mesti menetapkan fokus untuk mendapatkan tiga mata."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >