Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)

Jurulatih Hougang kini kendali skuad belia, digantikan oleh penolong jurulatih

Apr 19, 2023 | 05:30 AM



HOUGANG United telah melantik Marko Kraljevic sebagai ketua jurulatih sementara, menggantikan Firdaus Kassim yang dikerahkan mengendalikan skuad belia kelab itu.



Sebelum ini Firdaus merupakan ketua jurulatih Hougang United sementara Kraljevic penolong jurulatih.



Menurut satu laporan The Straits Times, difahamkan bahawa pertukaran tugas itu dibuat sebelum keputusan Hougang seri 1-1 dengan Tampines Rovers pada Ahad.



Keputusan itu bermakna Hougang belum mencatatkan sembarang kemenangan dalam tujuh perlawanan berturut-turut.



Perubahan jurulatih itu berkuat kuasa mulai Isnin untuk memberi waktu kepada Kraljevic bagi mempersiapkan pasukan tersebut menentang juara bertahan Liga Perdana Singapura (SPL) Albirex Niigata dalam perlawanan seterusnya pada 6 Mei.



Pengurus besar Hougang Matthew Tay menjelaskan tindakan menaikkan pangkat dari dalam adalah untuk memastikan keterusan dan kestabilan.



Beliau berkata: "Dalam membuat keputusan ini, kelab ini mengakui bahawa prestasi dan keputusan pasukan ini pada musim ini adalah di bawah jangkaan, di mana kelab ini berada di tangga corot liga.



"Dengan kemenangan pada November 2022 dalam Piala Singapura, jangkaan amat tinggi untuk kelab ini meneruskan kecemerlangan, dengan pelaburan yang mencukupi dibuat oleh pihak pengurusan bagi memastikan skuad pada musim ini mampu memberi cabaran bagi semua kejohanan, termasuk kempen piala AFC.



"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Firdaus atas sumbangannya kepada pasukan utama dan kami berharap beliau dapat membimbing pemain muda kami."



Berusia 57 tahun, Kraljevic melibatkan diri dalam SPL sejak penubuhannya pada 1996.



Beliau bermain untuk Balestier, Tampines dan Jurong sebelum mencipta namanya sebagai jurulatih bersama Balestier.



Beliau membimbing kelab itu mencapai kejayaan Piala Singapura pada 2014 dan dinamakan Jurulatih Terbaik tahun itu.



Kraljevic menyertai Hougang pada 2022 sebagai ketua belia, dan mengesahkan keupayaan Firdaus, yang berjaya membimbing pasukan itu menggondol kejayaan Piala Singapura bersejarah musim lalu.



"Bola sepak adakalanya amat kejam dan kadangkala apabila anda tidak bernasib baik, banyak perkara tidak mengikut kehendak anda.



"Saya telah bekerja rapat dengan Firdaus dan beliau seorang jurulatih yang baik.



"Sekarang keputusan ini telah diambil, saya berharap dapat mengembalikan keyakinan dan kepercayaan kepada pasukan," ujar Kraljevic.



Beliau menambah bahawa pasukannya dapat menandingi Tampines dan berpeluang mengalahkan mereka, lantas ia menunjukkan Hougang masih boleh memberi saingan.



"Kami hanya perlu bekerjasama, menyusun beberapa kemenangan, menangkap momentum dan kami akan baik-baik saja," ujarnya.



Sementara itu, Firdaus enggan mengulas ketika dihubungi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >