Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PENGANIAYAAN SEKS DALAM SUKAN

Jurulatih kapal layar Greece ditangkap rogol atlet 11 tahun

Jan 26, 2021 | 05:30 AM



ATHENS: Seorang jurulatih sukan kapal layar Greece yang dituduh merogol seorang atlet berusia 11 tahun ditahan kelmarin, dalam kejutan terbaru berkaitan tuduhan penganiayaan seksual juara Sukan Olimpik dalam sukan itu.



Lelaki berusia 38 tahun itu, yang namanya tidak didedah pihak berkuasa sejauh ini, ditahan di pulau Samos bagi kesalahan yang dikatakan berlaku sembilan tahun lalu, lapor Athens News Agency.



Juara lalu Sofia Bekatorou telah memberi keterangan mengenai pencabulan ke ata budak perempuan itu, yang sekarang berusia 20 tahun, kepada pendakwa Rabu lalu, setelah berbual bersama mangsa.



Atlet muda itu dan ibu bapanya juga telah memberi kenyataan mereka kepada pendakwa.



Dalam satu wawancara bersama media, tertuduh berusia 38 tahun itu, yang tidak mendedahkan namanya, berkata dia tidak merogol budak perempuan itu, sebaliknya mereka sedang menjalin hubungan dan dia ingin mengahwininya.



Bekatorou, 43 tahun, ibu dua anak yang meraih pingat emas pada 2004 dan gangsa pada 2008 dalam kapal layar di Sukan Olimpik, menggesa wanita lain supaya bersuara mengenai penganiayaan seksual yang berlaku berdekad lama dalam sukan itu, dengan tampil menceritakan pengalamannya sendiri.



Bekatorou berkata beliau mengalami "gangguan dan penganiayaan seksual" pada usia 21 tahun oleh seorang anggota kanan persekutuan di bilik hotelnya, tidak lama selepas percubaan bagi Sukan Olimpik Sydney 2000.



Beberapa lagi atlet wanita tampil sejak Bekatorou berkongsi pengalamannya kepada umum, sementara hampir sedozen wanita lain dikatakan mengalami gangguan seksual oleh profesor-profesor di Universiti Aristotle di Thessaloniki, salah sebuah institusi pengajian tinggi terbaik negara itu.



Tiada satu daripada aduan tersebut dapat didakwa kerana kejadian berlaku beberapa dekad sebelumnya.



Jawatankuasa Sukan Olimpik Greece dan pemerintah negara itu juga menggesa mangsa penganiayaan seksual lain supaya bersuara. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >