Premium
Jurulatih pasukan gimnastik wanita disiasat
Feb 8, 2018 | 5:30 AM

TURUT DISIASAT: Jurulatih pasukan gimnastik Amerika, John Geddert, (kiri) mengucapkan tahniah kepada atlitnya Jordyn Wieber yang memenangi pingat emas di Kejohanan Dunia di Tokyo pada 2011. Geddert kini disiasat atas salah laku ke atas atlit-atlit yang pernah berada di bawah bimbingannya. - Foto REUTERS -
CHICAGO: Jurulatih pasukan gimnastik wanita Amerika Syarikat yang merangkul pingat emas di temasya Sukan Olimpik London 2012 kini turut menjadi sasaran siasatan jenayah menyusuli terbabit dalam dakwaan semasa perbicaraan doktor pasukan yang memalukan, Larry Nassar.
Pejawat syerif di Eaton County, Michigan - kawasan yang turut menempatkan kemudahan latihan yang dimiliki jurulatih berkenaan, John Geddert - mengesahkan terdapatnya satu siasatan jenayah terbuka ke atas jurulatih berprofil tinggi itu.

