Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SINGAPURA

Jurulatih Philippe Aw diberi 'cuti' lepas prestasi suram Singa Muda di Sukan SEA

May 20, 2023 | 05:30 AM



JURULATIH Singa Muda, Philippe Aw, telah diberi masa untuk berehat menyusuli "pelibatannya yang amat serius sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak lelaki di Sukan SEA yang baru berakhir di Kemboja", kata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).



Ia menambah bahawa satu reviu teknikal ke atas kelakonan pasukan bola sepak itu di Sukan Sea akan diadakan apabila Aw kembali.



Sementara itu, penolong jurulatih Fadzuhasny Juraimi dan Koichiro Iizuka akan mengambil alih tugas jurulatih sedang Singa Muda menyambung pelibatan mereka dalam Liga Perdana Singapura (SPL), bermula perlawanan menentang Tampines Rovers pada 20 Mei.



Singa Muda, yang rata-rata dibentuk oleh pasukan bola sepak lelaki bawah 22 tahun Singapura, mengharungi pertandingan mengecewakan di Phnom Penh apabila ia tersingkir pada peringkat kumpulan tanpa sebarang kemenangan.



Mereka terjerumus ke tangga corot Kumpulan B selepas tewas 1-3 kepada Thailand dan Vietnam serta dibelasah 0-7 oleh Malaysia. Ia juga diikat 0-0 oleh Laos.



Kali terakhir pasukan bola sepak Singapura melangkah ke separuh akhir Sukan SEA sekitar 10 tahun lalu, apabila ia meraih pingat gangsa.



Singapura tidak pernah memenangi pingat emas bola sepak di Sukan SEA.



Buat masa ini, Singa Muda berada di tangga corot SPL selepas mengutip lima mata daripada sembilan perlawanan.



Mereka ketinggalan dua mata di belakang Hougang United di tangga kelapan tetapi mempunyai satu perlawanan dalam tangan.



Ini kali kedua Aw menjadi jurulatih Singa Muda.



Beliau diberi jawatan itu bagi musim SPL 2023, mengambil alih daripada Nazri Nasir, yang menundur diri untuk memberi tumpuan pada tugasnya sebagai penolong jurulatih pasukan nasional.



Sebelum ini, Aw memimpin pasukan tersebut pada 2021, menggantikan Nazri yang sakit pada masa itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >