Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFF SUZUKI

Jurulatih puji semangat juang Singa

Gol penyamaan Ikhsan suntik keyakinan jelang pertemuan kedua 'hidup atau mati' bagi merebut tempat ke final
Dec 24, 2021 | 05:30 AM



JURULATIH skuad bola sepak nasional, Tatsuma Yoshida, memuji semangat juang dan tidak putus asa anak didiknya ketika pasukan Singa bangkit dari ketinggalan gol untuk menyekat Indonesia 1-1 dalam pertemuan pertama separuh akhir Piala AFF Suzuki kelmarin.



Singa mengecewakan dalam babak 45 minit pertama permainan - dengan pemain bersikap pasif dan kurang taring di depan gol.



Benteng pertahanan pasukan tuan rumah turut dibolosi apabila pemain midfield Witan Sulaeman menyumbatkan gol pada minit ke-28 untuk meletakkan Indonesia di depan.



Namun, lebih 9,900 penyokong yang berada di Stadium Negara malam kelmarin menyaksikan pasukan Singa yang 'berbeza' dalam babak kedua.



Yoshida kemudian mendedahkan kata-kata dorongan di bilik salinan semasa waktu rehat menjadi titik perubahan yang menyaksikan pasukannya bangkit dengan lebih bersemangat.



"Saya memberitahu pemain pada waktu rehat bahawa mereka mesti keluar ke padang dan mempertingkatkan prestasi. Jangan bersembunyi, jangan teragak-agak... sebaliknya tunjukkanlah potensi sepenuh mereka secara individu dan berpasukan. Ternyata persembahan kami jauh lebih baik dalam babak kedua," kata jurulatih asal Jepun itu.



Kata-kata semangat itu membuahkan hasil bagi Yoshida apabila jaringan minit ke-70 penyerang Ikhsan Fandi - yang kelmarin turut menandatangani kontrak dua setengah tahun bersama juara Liga Thai BG Pathum dari kelab Norway FK Jerv - menyelamatkan pasukan Singa.



"Gol Ikhsan turut menyuntik motivasi ke atas pemain-pemain lain... gol itu mendorong kami bermain dengan lebih yakin. Golnya hari ini bukan sekadar gol biasa," kata Yoshida.



Paparan positif malam kelmarin juga memberi Yoshida keyakinan untuk menghadapi pertemuan kedua yang dianggap 'hidup atau mati' dengan tempat di final jadi taruhannya.



"Sebagai pasukan tuan rumah, kami rasakan tekanan hebat tapi pemain membuktikan mereka mampu mengatasi segalanya itu. Jadi, saya kini menaruh harapan tinggi kami dapat mengharungi cabaran perlawanan kedua nanti," kata Yoshida.



"Keputusan ini bukanlah yang terbaik kami kami tapi ia juga bukanlah yang paling buruk. Ia adalah hanya separuh masa pertama perlawanan. Dengan hanya dua hari sebelum perlawanan seterusnya, kami sekarang perlu pulih sepantas mungkin dan cuba mendapatkan keputusan terbaik dalam perlawanan kedua itu nanti."



Sementara itu, jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, menyalahkan keletihan sebagai punca pasukannya gagal mengekalkan kedudukan mereka.



Warga Korea Selatan itu berkata: "Pemain saya kelihatan penat selepas semua perlawanan pusingan kumpulan dan ia semakin menjejas kami terutama dalam babak kedua. Momentum kemudian beralih ke Singapura. Kami perlu segera pulih dan bersedia untuk perlawanan kedua."



Namun, dengan bintang penyerang, Egy Maulana, mula menyertai skuad negaranya kelmarin selepas selesai tugasnya bersama kelabnya FK Senica di Slovakia, Indonesia akan diperkuat tonggak pasukan yang 'segar' dan g mampu memporak-perandakan kubu Singa.



Singapura dan Indonesia akan berentap bagi pertemuan kedua peringkat separuh akhir di Stadium Negara Sabtu ini.




"Sebagai pasukan tuan rumah, kami rasakan tekanan hebat tapi pemain membuktikan mereka mampu mengatasi segalanya itu. Jadi, saya kini menaruh harapan tinggi kami dapat mengharungi cabaran perlawanan kedua nanti."
- Jurulatih skuad nasional, Tatsuma Yoshida.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >