Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Jurulatih Sailors, Tampines, digantung 3 perlawanan, didenda kerana berkelahi

Aug 12, 2022 | 05:30 AM



KETUA jurulatih Lion City Sailors, Kim Do-hoon dan penolong jurulatih Tampines Rovers Mustafic Fahrudin masing-masing telah didenda dan digantung tiga perlawanan kerana berkelahi di akhir perlawanan pasukan masing-masing pada 24 Julai.



Jawatankuasa disiplin Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), kelmarin, mengenakan hukuman itu ke atas dua jurulatih itu, yang menyekat mereka daripada memasuki bilik pakaian pemain dan menyertai pemain dan staf lain di tepi padang bagi tiga perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) yang selanjutnya.



Kim juga didenda $2,000, sementara Mustafic didenda $3,000.



Selain itu, Sailors dan Tampines masing-masing perlu membayar denda $5,000 kerana tatalaku pemainnya.



Penggantungan itu bermakna Kim tidak dapat bersama pasukan di tepi padang dalam perlawanan Sailors dengan Young Lions (13 Ogos), Tanjong Pagar United (20 Ogos) dan Hougang United (26 Ogos).



Tampines pula beraksi tanpa Mutafic di tepi padang semasa bertemu Tanjong Pagar (13 Ogos), Albirex Niigata (19 Ogos) dan Young Lions (24 Ogos).



Satu lagi tuduhan ke atas Sailors - berhubung tatalaku penyokongnya - telah digugurkan oleh jawatankuasa disiplin minggu lalu, semasa kes itu didengar.



Pada ketika itu, jawatankuasa bebas itu mendapati Kim, bekas pemain nasional Korea Selatan, bersalah kerana menyondol Mustafic, warga Singapura yang pernah menyarung jersi nasional.



Panel itu juga mendapati Mustafic bersalah kerana berkelakuan ganas dalam reaksi terhadap insiden itu.



Mustafic telah bersemuka dengan Kim dan tangannya boleh dilihat mencengkam leher Kim.



Beberapa pemain dari kededua pasukan juga terbabit, apabila mereka mula tolak-menolak antara satu sama lain, menyusuli insiden melibatkan dua jurulatih itu.



Dalam satu kenyataan, pengerusi jawatankuasa disiplin, K. Bala Chandran berkata Mustafic dikenakan denda lebih berat kerana rakaman video menunjukkan beliau telah menghampiri Kim dalam tiga perbuatan berasingan, yang menambah ketegangan dalam situasi tersebut.



"Berdasarkan sudut pandang ini, jawatankuasa disiplin bersetuju perbuatan beliau (Mustafic) layak diberikan saman lebih tinggi," kata beliau.



Pengarah sukan Sailors, Badri Ghent berkata kelab itu komited untuk berusaha di dalam dan luar kelab untuk memupuk nilai-nilai hormat dan sifat kesukanan yang baik.



"Kami menyesali keadaan di mana penyokong terpaksa menyaksikan perkara yang tidak diingini selepas perlawanan (dengan Tampines.



"Insiden itu tidak menunjukkan nilai-nilai yang kami ingin tampilkan sebagai satu kelab dan kami menghargai keputusan jawatankuasa disiplin untuk menggugurkan tuduhan berhubung tatalaku penyokong kami," kata Badri, bercakap kepada The Straits Times (ST).



Dalam laporannya, ST berkata ia telah cuba menghubungi pengerusi Tampines, Desmond Ong, tetapi tidak berjaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >