Premium
Jurulatih Uruguay puji kematangan Suarez
Mar 30, 2016 | 5:30 AM
GOL: Luis Suarez meraikan jaringannya ke atas Brazil dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan minggu lalu. - Foto AFP -
MONTEVIDEO (Uruguay): Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez, telah memuji kematangan Luis Suarez menjelang pertemuan mereka dengan Peru dalam satu perlawanan kelayakan Piala Dunia hari ini (waktu Singapura).
Tabarez telah melantik Suarez selaku kapten pasukannya semasa menentang Brazil minggu lalu dan penyerang Barcelona itu membalas kepercayaan tersebut dengan menjaringkan gol penyamaan dalam perlawanan yang berkesudahan seri 2-2.

