Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jutawan Arab Saudi bayar AS$2.6j untuk lihat Ronaldo, Messi di Riyadh

Jan 20, 2023 | 5:30 AM
TIKET AMAL: Seorang jutawan perniagaan Arab Saudi memenangi tiket amal yang dilelong pada harga 10 juta riyal (AS$2.66 juta) bagi perlawanan persahabatan di Riyadh di mana bintang bola sepak Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi akan beraksi. - Foto fail
TIKET AMAL: Seorang jutawan perniagaan Arab Saudi memenangi tiket amal yang dilelong pada harga 10 juta riyal (AS$2.66 juta) bagi perlawanan persahabatan di Riyadh di mana bintang bola sepak Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi akan beraksi. - Foto fail -

RIYADH: Seorang ahli perniagaan Arab Saudi menawarkan harga tertinggi untuk menonton babak terbaru dalam persaingan antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam bola sepak global dengan tawaran 10 juta riyal (AS$2.66juta atau S$3.52 juta) untuk tiket perlawanan pameran mereka.

Cabang hiburan kerajaan Saudi berkata di Twitter bahawa Mushref Al-Ghamdi, pengurus besar kumpulan hartanah AqarOne, ialah pembida tertinggi untuk tiket "Beyond Imagination".

Pemenang itu akan menghadiri perlawanan di Riyadh yang menampilkan gabungan pasukan dari kelab Saudi Al Nassr - yang baru-baru ini menandatangani Ronaldo - dan Al Hilal, lawan Paris St Germain, yang dianggotai Messi.

Kali terakhir Ronaldo dan Messi berentap di padang sebelum ini adalah apabila Juventus menewaskan Barcelona 3-0 pada Disember 2020.

Pemenang bidaan tersebut, Al-Ghamdi, akan menghadiri majlis pemenang selepas perlawanan, berpeluang memasuki bilik persalinan, dan bertemu dua pemain yang selama bertahun-tahun bersaing untuk menjadi yang terhebat di dunia.

Walaupun hasil daripada lelongan itu akan disalurkan kepada badan amal, acara itu dikatakan boleh mencetuskan tuduhan mengenai "sportswashing" oleh Arab Saudi - iaitu tindakan mengalih perhatian daripada penyalahgunaan hak kepada perbelanjaan dalam sukan.

Selain menarik Ronaldo, Arab Saudi telah mendaftar Messi sebagai duta pelancongan. Paris St Germain dimiliki oleh kerajaan Qatar, yang baru sahaja mengadakan Piala Dunia. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg