Topik diikuti
Pergi ke BHkuJuve perlu tunggu untuk ditabal juara
Jul 25, 2020 | 5:30 AM
Juve perlu tunggu untuk ditabal juara
UDINESE: Maurizio Sarri kecewa dengan prestasi hambar Juventus yang tewas mengejut 1-2 di Udinese sekali gus terpaksa menunggu sebelum mengesahkan gelaran juara Serie A buat kali kesembilan berturut-turut.
Pemain pertahanan Belanda, Matthijs de Ligt terlebih dahulu meletakkan juara bertahan itu di hadapan tiga minit sebelum rehat dalam aksi di Udine, awal pagi semalam.