Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Juventus 'minta maaf, marah' tersingkir

Dikalahkan Benfica 4-3; Chelsea, PSG, Dortmund dan City mara ke pusingan kalah mati
Oct 27, 2022 | 05:30 AM



LISBON: Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri, berkata pasukannya "meminta maaf dan berasa marah" menyusuli kekalahan 3-4 mereka kepada Benfica dalam Liga Juara-Juara kelmarin, mengakibatkan kelab itu gagal ke pusingan kalah mati buat kali pertama sejak musim 2013-14.



Kekalahan itu bermakna Juventus, yang sedang terkial-kial untuk memaparkan prestasi baik, hanya mampu menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan H, yang menempahkan mereka tempat dalam pusingan kalah mati Liga Europa.



"Lebih daripada pendekatan salah, saya fikir kami terlalu lembut dalam pertahanan pada babak pertama," kata Allegri kepada wartawan. "Kami kecewa dan marah sebab kami tersingkir daripada Liga Juara-Juara.



"Sekarang, kami harus memberi tumpuan pada liga (Italy) dan juga kekal fokus menentang Paris (St Germain Rabu depan), sebab kami sekurang-kurangnya harus menempah tempat dalam Liga Europa.



"Kami melakukan terlalu banyak kesilapan malam ini dan tiada guna bercakap tentangnya sekarang. Saya tidak menganggap ini satu kegagalan. Kekalahan juga berlaku dalam bola sepak.



"Kami meminta maaf dan berasa marah. Pasukan ini menamatkan perlawanan dengan baik. Jadi, ia bukan perkara fizikal. Kami harus terus berusaha."



Juventus mengalami musim hambar sejauh ini dalam Serie A, dengan pasukan itu merosot ke tangga kelapan, 10 mata di belakang pendahulu liga. Tetapi Allegri berharap pemainnya akan membawa semangat juang yang mereka tunjukkan di Lisbon ke pertandingan domestik.



"Sekarang mari kita fikirkan tentang Serie A, mari kita mulakan dari 20 minit terakhir (perlawanan ini) dan cuba menang di Lecce (pada Sabtu). Kami mesti mencuba dan terus berusaha untuk kekal dalam (perlumbaan) kejuaraan," katanya.



"Kami ada empat perlawanan dalam liga sebelum rehat (bagi Piala Dunia). Kami perlu memulihkan tenaga kami, dan dengan pemain yang saya ada, kami mesti beraksi dengan baik."



Empat pasukan kelmarin berjaya mara ke pusingan seterusnya Liga Juara-Juara.



Pengurus Chelsea Graham Potter gembira pasukannya mengesahkan tempat di kelompok 16 terakhir berbaki satu perlawanan lepas menang 2-1 di Salzburg.



Sepakan menakjubkan Kai Havertz 26 minit sebelum tamat memisahkan dua pasukan itu, lepas Junior Adamu menyamakan kedudukan berikutan gol pembukaan Mateo Kovacic buat skuad Blues.



Kemenangan itu meluaskan rekod kemenangan Chelsea di bawah Potter kepada sembilan perlawanan.



Chelsea akan disertai Paris St-Germain dalam pusingan kalah mati, lepas Kylian Mbappe dan Lionel Messi menjaringkan dua orang setiap seorang ketika Paris Saint-Germain membelasah kelab Israel Maccabi Haifa 7-2.



Neymar juga menemui sasaran dan memaksa gol sendiri daripada pemain pertahanan Maccabi, Sean Goldberg, sebelum Carlos Soler menambah satu gol bagi kelab Paris itu mencatat kemenangan tujuh gol dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak November 2017.



Sementara itu, jurulatih Borussia Dortmund Edin Terzic memuji pemain pertahanan Mats Hummels kerana dapat mengunci bekas rakan sepasukannya Erling Haaland, lepas kelab Jerman itu seri 0-0 dengan Manchester City.



Dengan keputusan tersebut, kededua pasukan itu mara ke kelompok 16 terakhir, dengan City menjadi juara Kumpulan G.



Dortmund mara dengan mata berharga setelah penalti babak kedua Riyad Mahrez diselamatkan Gregor Kobel.



"Mats Hummels menakjubkan," kata Terzic, llepas pemain bek tengah itu beberapa kali mengekang Haaland.



Selepas babak pertama, Haaland dikeluarkan dengan jurulatih Pep Guardiola berkata ia disebabkan "pelanggaran". - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >