Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kadir petinju pertama dalam Dewan Kemasyhuran Sukan S’pura

Feb 6, 2024 | 8:35 PM
Syed Abdul Kadir menjadi petinju pertama untuk mewakili Singapura di Sukan Olimpik pada 1972 di Munich, Jerman, dan kemudian mengharumkan nama negara ketika menang pingat gangsa di Sukan Komanwel 1974, iaitu juga pingat tinju pertama dan satu-satunya buat Singapura dalam temasya sukan itu.
Syed Abdul Kadir menjadi petinju pertama untuk mewakili Singapura di Sukan Olimpik pada 1972 di Munich, Jerman, dan kemudian mengharumkan nama negara ketika menang pingat gangsa di Sukan Komanwel 1974, iaitu juga pingat tinju pertama dan satu-satunya buat Singapura dalam temasya sukan itu. - Foto BH oleh KHALID BABA

Beliau merupakan atlet yang meraih beberapa pencapaian membanggakan untuk sukan tinju negara.

Petinju pertama untuk mewakili Singapura di temasya Sukan Olimpik pada 1972 di Munich, Jerman, beliau kemudian mengharumkan nama negara ketika menang pingat gangsa di Sukan Komanwel 1974 – ia juga pingat tinju pertama dan satu-satunya buat Singapura dalam temasya sukan itu.

Bagi semua pencapaian tersebut, Syed Abdul Kadir Syed Abu Bakar, 76 tahun, dianugerahkan Dewan Kemasyhuran Sukan Singapura atau Singapore Sport Hall of Fame 2024.

Bekas presiden Persatuan Tinju Amatur Singapura (Saba) – yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Tinju Singapura (SBF) – dan bekas jurulatih nasional itu adalah petinju pertama diiktiraf penghargaan tertinggi sukan negara.

Anugerah Dewan Kemasyhuran Sukan Singapura kali ini menyaksikan lapan penerima – termasuk lima pemimpin sukan – dengan anugerah disampaikan oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam dalam satu majlis di Istana pada 6 Februari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg