Topik diikuti
Pergi ke BHkuKakak jadi sumber inspirasi Nur Alfian
Juara silat Sukan SEA dua tahun lalu sedia pertahan kejuaraan Tiada dorongan tambahan diperlukan oleh atlit yang sentiasa memburu tahap persembahan lebih tinggi. Namun, kehadiran saudara kandung di sisi boleh memberi rangsangan tambahan, terutama dalam sukan yang sama. Di Sukan Asia Tenggara (SEA) nanti, tiga pasang adik-beradik akan mewakili negara dalam pencak silat; sementara sepasang adik-beradik akan mendayung ke arah kegemilangan. Mereka memberitahu NORMAN SAWI (normans@sph.com.sg) bagaimana kehadiran saudara kandung membantu mereka dalam persiapan mewakili negara.
May 17, 2015 | 5:30 AM
Kakak jadi sumber inspirasi Nur Alfian
ADIKNYA, Nur Alfian Juma'en, kini digeruni sebagai juara silat Sukan SEA.
Bagaimanapun, bagi Nur Fazlin Juma'en, 22 tahun, Nur Alfian yang berusia empat tahun lebih muda daripadanya, sekadar saudara kandung rapat yang gemar bergurau - seperti mematikan lampu ketika beliau sedang mandi.