Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

Bahang bukan kepalang! Pemain tenis tak tahan!

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

OLIMPIK 2020

Bahang bukan kepalang! Pemain tenis tak tahan!

Masa perlawanan dianjak ke 3 petang bukan 11 pagi mulai semalam
Jul 30, 2021 | 05:30 AM

TOKYO: Penganjur acara sukan tenis di Olimpik 2020 mengumumkan masa permulaan perlawanan akan dilewatkan mulai semalam menyusuli gesaan beberapa atlet yang mengambil bahagian tahun ini.

Meskipun telah memenangi perlawanannya menentang pemain Italy, pemain tenis dari Rusia, Daniil Medvedev berkata cuaca panas di Tokyo boleh 'membunuh' beliau.

Sementara itu, pemain tenis dari Sepanyol Paula Badosa pula terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda dan tidak mampu menamatkan perlawanannya disebabkan cuaca yang terlalu terik.

Menurut Medvedev, beliau menghadapi kesukaran bernafas semasa perlawanannya dan telah bertanya kepada pengadil siapa yang akan bertanggungjawab jika beliau meninggal dunia semasa perlawanan tersebut.

"Saya boleh bermain hingga perlawanan tamat, tapi saya boleh meninggal dunia," katanya kepada pengadil.

Pemain tenis kedua terbaik dunia berusia 25 tahun itu terpaksa meminta masa rehat seketika semasa perlawanan itu yang berakhir dengan kemenangannya dengan mata 6-2 3-6 6-2 ke atas pemain Italy Fabio Fognini yang melayakkannya ke suku akhir.

Pengadil Carlos Ramos bertanyakan Medvedev sama ada beliau boleh bertahan, dan pemain itu menjawab: "Saya baik-baik sahaja. Jika saya meninggal dunia, adakah ITF (Persekutuan Tenis Antarabangsa) akan bertanggungjawab?"

Medvedev dan pemain tenis nombor satu dunia Novak Djokovic memberi saranan kepada penganjur untuk melewatkan masa permulaan perlawanan tenis minggu lalu supaya dapat mengelakkan tempoh paling terik di mana suhu boleh mencecah 33 darjah Celsius.

ITF yang sebelum itu tidak bersetuju dengan saranan itu, berkata "demi kesihatan dan kesejahteraan pemain" perlawanan akan bermula pada 3 petang dan bukan 11 pagi mulai semalam.

"Keputusan ini...dibolehkan berdasarkan berdasarkan perlawanan di lima pertandingan yang dijalankan dan saiz gelanggang dan ia diputuskan untuk menjaga kesihatan pemain," katanya dalam satu kenyataan.

Masa rehat selama 10 minit dibolehkan semasa perlawanan antara set kedua dan ketiga jika kededua pemain bersetuju akibat cuaca panas terik.

Medveded telah menggunakan masa rehat itu untuk mandi air sejuk.

"Saya sudah tak boleh bernafas dengan baik sejak set pertama. Sebab itu saya panggil (pakar) fisio - saya rasa seperti pernafasan saya tersekat," katanya sambil menambah bahawa padanya cuaca hari itu paling terik sejauh ini.

"Semasa set kedua, mata saya gelap. Saya tak tahu apa yang dapat dilakukan untuk pulihkan saya. Saya seperti tidak dapat bernafas dan-bila bila masa boleh rebah di gelanggang." - Agensi berita


KALAU SAYA MAUT BAGAIMANA?

"Saya baik-baik sahaja. Jika saya meninggal dunia, adakah ITF akan bertanggungjawab?"
- Daniil Medvedev (yang terbaring dan diberi bantuan oleh pembantu fisio semasa perlawanan menentang pemain Italy Fabio Fognini kelmarin).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3