Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Kali pertama dalam hampir 2 dekad, skuad bola sepak wanita SG akan aksi di Sukan SEA

Buat sekian lama, bola sepak dan ragbi, dua sukan bersifat lasak dimainkan oleh lebih ramai lelaki. Namun, lebih ramai wanita kini menceburi sukan itu, dengan usaha dipergiat untuk membangunkan sukan itu bagi kaum Hawa di sini. Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang bermula hari ini, BERITA HARIAN menampilkan wajah wanita di sebalik dua sukan tersebut. Hari ini, pasukan bola sepak wanita nasional melahirkan harapan menghapuskan stigma berhubung penyertaan wanita dalam sukan kegemaran mereka, disusuli hujah srikandi ragbi negara dan rancangan mereka untuk terus mengembangkan sukan itu di sini. Skuad wanita negara bersemangat mahu tunjuk potensi sebenar
Mar 08, 2022 | 05:30 AM



BUAT julung-julung kali dalam hampir dua dekad, Majulah Singapura akan berkumandang di padang bola sepak wanita di Sukan SEA Hanoi nanti.



Pasukan bola sepak wanita nasional telah diberi 'lampu hijau' oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) untuk bertanding dalam temasya sukan dwitahunan itu yang akan berlangsung di Hanoi, Vietnam, pada Mei nanti.



Kapten pasukan wanita nasional, Ernie Sontaril, berkata:



"Istimewa sekali... sebab kali terakhir kami ke Sukan SEA adalah 19 tahun lalu.



"Setiap tahun kami berharap dapat bermain di Sukan SEA tapi selalunya hampa apabila tidak dipilih oleh SNOC.



"Bagaimanapun, kami tidak berputus asa untuk membuktikan kepada mereka bahawa kami mampu bertanding di Sukan SEA."



Ernie, yang telah mewakili negara sebanyak 42 kali sejak 2007, berkata adalah impian setiap pemain nasional untuk bermain di Sukan SEA. Beliau sendiri belum berpeluang beraksi dalam pertandingan tersebut.



"Jadi, saya rasa terharu dan bersyukur kerana Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) terus berjuang agar kami disertakan kali ini," ujar beliau, 33 tahun, yang tidak sabar membuat penampilan sulung bagi negara di Sukan SEA, di penghujung kerjayanya.



"Kami mahu menunjukkan kepada pemain muda bahawa ada peluang untuk anda mengambil bahagian di Sukan SEA.



"Memang bagus bagi kami menjadi yang pertama untuk membuka laluan ini agar pemain muda dapat mengikut jejak langkah kami, menjadikan ia satu motivasi untuk terus berusaha gigih dan bercita-cita untuk menyertai skuad nasional dan bersaing di Sukan SEA," ujar Ernie, yang merupakan jurulatih bola sepak sepenuh masa.



Bulan lalu, SNOC mengumumkan pasukan wanita nasional dalam rombongan 330 atlet yang dipilih ke Sukan SEA yang akan berlangsung dari 12-23 Mei, sekali gus menamatkan 'kemarau' penyertaan hampir dua dekad.



Pasukan bola sepak wanita Singapura pernah bertanding di Sukan SEA pada edisi 1985, 1995 dan 2001. Namun, gabungan beberapa faktor termasuk prestasi yang kurang menyerlah di peringkat antarabangsa telah menghambat penyertaan mereka selepas itu.



Buat masa ini, Singapura menduduki ranking ke-134 di dunia, jauh di belakang beberapa pasukan lain di rantau ini.



Vietnam di tangga ke-32, mendahului negara-negara Asia Tenggara yang lain, diikuti Thailand (38) dan Malaysia (88). Secara perbandingan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan tidak menghantar pasukan wanita ke Sukan SEA kerana menyifatkan pasukan tersebut belum lagi dapat bersaing di peringkat rantau, berdasarkan persembahan mereka di dua Sukan SEA lalu.



Bagi srikandi bola sepak dari Singapura pula, Sukan SEA akan datang ini merupakan ujian yang mencabar untuk menunjukkan mereka layak bersaing di peringkat ini, suatu yang diakui oleh Ernie.



Kali terakhir pasukan nasional beraksi adalah di Kelayakan Piala Asia Wanita AFC 2022 September tahun lalu.



Singapura telah berdepan Indonesia - pasukan di tangga ke-94 dunia - dua kali dan tewas kededua kali dengan keputusan 0-1.



Namun, melebihi penyertaan di Sukan SEA, Ernie berkata perkembangan ini menunjukkan satu kemajuan dalam bola sepak wanita di sini.



Rakan sepasukan, Farhanah Ruhaizat, yang beraksi di midfield, sependapat dengan kaptennya itu sambil berkata beliau dapat melihat peningkatan dalam persembahan pasukan di pusingan kelayakan Piala Asia Wanita AFC itu, walaupun mereka tewas.



"Memandangkan pertandingan sebelumnya pada ketika itu adalah 2019, anda boleh lihat kami sebenarnya telah memperbaiki gaya kami bermain secara berpasukan. Bahkan, kami mampu mengatur serangan dan mengasak pertahanan pasukan Indonesia. Itu adalah satu peningkatan besar buat kami," kata pemain Tanjong Pagar United itu.



Di Hanoi nanti, Farhanah, 23 tahun, berharap rakan-rakannya lain tidak akan mensesiakan peluang bersaing di temasya sukan itu, malah sasar untuk mencipta sejarah buat negara.



"Pertandingan ini sangat bermakna kepada kami. Saya pernah dipesan bahawa the sky is the limit (hanya langit menjadi had untuk mencapai kejayaan). Jadi, saya akan berusaha rebut setiap peluang yang ada dan memanfaatnya sebaik mungkin," tambah beliau, yang telah 18 kali menyarung jersi Singapura.



Di luar padang, sokongan bagi pemain bola sepak wanita di sini juga dijangka ditambah.



Di bawah projek Unleash the Roar! - yang bertujuan mempertingkat mutu bola sepak setempat - menambah penyertaan budak-budak lelaki dan perempuan dalam bola sepak di peringkat akar umbi juga dijadikan satu keutamaan.



Sabtu lalu, sempena Hari Wanita Antarabangsa, FAS pula telah menganjurkan Persidangan Bola Sepak Wanita 2022 Singapura. Acara selama lapan jam di OCBC Lounge, Hab Sukan Singapura, itu bertujuan berkongsi ilmu mengenai arena bola sepak wanita di sini dan Asia serta membincangkan hala tuju dan pembangunan seterusnya sukan itu.



Ditanya mengenai pembaharuan serta peningkatan yang ingin beliau lihat dalam bola sepak wanita setempat pada masa akan datang, Farhanah, yang baru menamatkan pengajian Diploma dalam Pengurusan Sukan di Politeknik Republic, berkata:



"Lebih sokongan... mungkin dari segi kemudahan ataupun kewangan sebab bukan semua di sini adalah pemain sepenuh masa."



"Majoriti pemain dalam skuad nasional terdiri daripada pelajar dan mereka yang bertugas sepenuh masa.



"Jadi, untuk mereka berada di sini untuk berlatih dan bersaing, ia menunjukkan bahawa sukan ini begitu bermakna bagi mereka," jelasnya.




"Istimewa sekali... sebab kali terakhir kami ke Sukan SEA adalah 19 tahun lalu. Setiap tahun kami berharap dapat bermain di Sukan SEA tapi selalunya hampa apabila tidak dipilih oleh SNOC. Bagaimanapun, kami tidak berputus asa untuk membuktikan kepada mereka bahawa kami mampu bertanding di Sukan SEA."
- Kapten skuad bola sepak wanita nasional, Ernie Sontaril, 33 tahun.



"Lebih sokongan... mungkin dari segi kemudahan ataupun kewangan sebab bukan semua di sini adalah pemain sepenuh masa. Majoriti pemain dalam skuad nasional terdiri daripada pelajar dan mereka yang bertugas sepenuh masa. Jadi, untuk mereka berada di sini untuk berlatih dan bersaing, ia menunjukkan bahawa sukan ini begitu bermakna bagi mereka."
- Pemain midfield, Farhanah Ruhaizat, 23 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >